in

PM Boleh Pegang Dua Jawatan, Tak Bercanggah Manifesto – Anwar

Page Sema

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Tun M dah buat sidang media dan mengumumkan dua lagi menteri di kabinet iaitu beliau sendiri sebagai Menteri Pendidikan dan Wan Azizah sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan.

Uu
sumber: malaysiakini

Semua sedia maklum bahawa kedua-dua mereka sudah memegang jawatan sebagai PM dan TPM. Sejak itu ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana kedua-dua mereka memegang dua portfolio.


H1
sumber: twitter

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan tindakan ini kerana ianya dikatakan bercanggah dengan Janji 12 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

H2 1
sumber: twitter
H3
sumber: twitter

Bukan itu sahaja, menurut Malaysiakini, Pemuda Gerakan Tan Keng Liang turut memuat naik di Twitter untuk mengingatkan tentang janji PH iaitu PM tak boleh memegang jawatan menteri lain.

“Saya hanya mahu memastikan Tun M tidak membuat kesilapan. Mungkin terlepas pandang. Masih boleh berpatah balik sekarang sebelum angkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin.”

Namun begitu, semua jangan gusar kerana menurut Astro Awani,  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PM memegang dua jawatan tak bercanggah dengan manifesto PH.

Saya fikir ia tidak bertentangan (dengan manifesto). Pada pemahaman saya, Perdana Menteri bukan satu portfolio. Perdana Menteri secara amnya menguruskan negara, begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan portfolio.”

To
sumber: astro awani

Sementara tu, Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata isu ini akan dibincangkan bersama pimpinan tertinggi PH dalam tempoh terdekat.

“Saya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi kepemimpinan PH. Seingat saya, manifesto yang kami setuju bersama sebelum ini membabitkan Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio kewangan.”

Apalah agaknya pembaharuan yang PM nak buat selaku Menteri Pendidikan.

Baca: TERKINI: Dr Mahathir Umum Dua Menteri Dalam Kabinet

Image 1 3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.