in

PLOT TWIST! Sebenarnya Sungai Melaka Dah Bersih Since Februari, Bukan Sebab PKP

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, tular beberapa gambar menunjukkan Sungai Melaka yang sebelum ni keruh macam teh ais sekarang dah pun kembali jernih sampaikan kita boleh nampak ikan berenang dalam sungai.


Memang tak dinafikan, sejak wabak Covid-19 menular dan banyak negara telah meminta untuk rakyat kurangkan aktiviti di luar dan duduk di rumah, banyak sungai yang dah kembali jernih, udara semakin bersih dan lapisan ozon yang koyak pun sekarang ni dah semakin pulih.

Pun begitu, seorang netizen, Adrian Lim Chee En telah pun menunjukkan yang sebenarnya, Sungai Melaka bersih bukan sebab PKP tapi sebenarnya Sungai Melaka dah start jernih dari Februari lepas dah. Fuh, tak perasan langsung kan?

Menurut Adrian, gambar biawak dan ikan berenang yang boleh dilihat kerana kerjenihan Sungai Melaka ini dah pun diambil sejak bulan Februari 2020.

Dikatakan, ketika itu tengah hangat cerita tentang langkah Sheraton dan semua orang tengah sibuk ambil tahu tentang kemelut politik negara sampai tak perasan Sungai Melaka dah jernih. Kalau tak percaya, tengok bukti gambar kat bawah ni.

Ewcppdouwaigdhm Ewcpralvaaasfw0 Ewcps2Tueaupqun Ewcpt6Vucaam3Fn

Tapi admin curiouslah, macam mana sungai-sungai ni boleh jernih balik eh? Ramai orang dah ada kesedaran ke?

 

Baca: “Dah macam Venice dah” – Sungai Melaka Kini Makin Jernih Sebab PKP

Screenshot 2020 04 27 At 2.12.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.