Berikutan tempoh kawalan pergerakan, kita dapat lihat semakin kurang pencemaran udara dan pencemaran air yang berlaku di Malaysia. Alhamdulillah, semua benda tuhan buat bersebab.
Jika baru-baru ini terusan Venice di Itali kembali jernih sebab arahan perintah berkurung di negara tersebut, kali ini admin nak kongsikan tentang Sungai Melaka yang juga semakin jernih sepanjang tempoh PKP.
Pengguna Twitter @FLjasmy dan @safaincy telah kongsikan gambar sungai terkenal tersebut yang semakin menunjukkan perubahan yang baik.
https://twitter.com/fljasmy/status/1253142328522371072?s=21
Kawasan tersebut juga tenang tanpa sebarang aktiviti pelancongan. Dalam gambar yang dikongsikan tersebut, kita sampai boleh nampak biawak dalam sungai. Memang jernih betul ni.
Namun, ada juga penduduk Melaka yang mengatakan bahawa sungai itu memang sudah semakin bersih sebelum PKP lagi. Takpe lah, janji semakin cantik ye dak.
Katanya, memang ada kumpulan sukarelawan yang bergotong-royong membersihkan sungai Melaka sebelum ini.
Siap boleh nampak ikan berenang weh! Terbaik lah orang Melaka.
Lepas ni, makin cantik la kan kawasan ni. Harapnya semua orang boleh jaga kebersihan sungai kita sampai bila-bila. Ingat, jangan buang sampah sesuka hati pulak.
Baca: “Kalau tak mcm the ais” – Netizen Gembira Tengok Sungai Klang Lebih Waktu PKP