Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula dari hari ini hingga 31 Mac nanti bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang makin teruk di negara ini.
Sepatutnya, bila arahan ini dikeluarkan, ramai yang dah mula takut nak keluar rumah atau pergi ke tempat ramai orang tapi sebaliknya pula yang berlaku. Pasaraya, stesen bas dan balai polis penuh sesak dengan orang yang panic buying dan yang nak balik kampung.
Mungkin ramai lagi yang tak faham atau tak sedar macam mana tindakan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan merebak lebih cepat dan risiko kematian menjadi lebih tinggi.
Seorang netizen telah kongsikan di Twitter tentang perbualannya dengan seorang doktor perubatan…
Tambah netizen ini, kelengkapan untuk rawat buah pinggang, jantung, pernafasan atau komplikasi lain dekat hospital tak cukup, so, kalau 1000 orang semua ada masalah buah pinggang serentak, tak semua akan dapat rawatan yang sepatutnya.
Coronavirus yang ni memang power berjangkit, tapi selagi ada treatment, susah nak mati.”
TAPI, kalau dorang berjangkit ramai-ramai serentak, then tak cukup alat nak treat bila organ korang jahanam. So akan mati atau cacat.”
Konklusinya, lelaki ini menasihatkan orang ramai untuk elak dari bersesak supaya tak ramai yang kena jangkitan ni serentak.