Selepas pelakon Puteri Aishah, pengarah dan kru disahkan positiv Covid-19, kali ni pelakon Ashraf Muslim mengesahkan menerusi laman Instagram miliknya yang dia juga turut dijangkiti virus itu.
Ashraf disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu setelah pulang daripada pengambaran drama bersiri Demi di Scotland pada akhir bulan lalu, lapor Berita Harian.
Dia memohon maaf kepada semua pihak termasuklah rakan media kerana tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini dan berharap agar memahami situasi yang dia sedang hadapi.
“Ya, saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya”
Dia berharap supaya keluarganya turut mendoakannya dijauhi segala kesulitan.
To mama, ibu, sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer supaya kita dapat jumpa ramai-ramai.
Selain itu, dia juga berharap agar semua orang mendoakan dirinya serta pesakit-pesakit lain dan berharap agak wabak ini tidak berterusan.
Rakan-rakan artis juga turut mendoakan agar pelakon ini segera sembuh daripada penyakit itu.
Didoakan agar sembuh Akhi
Cepet sehat kembali
Semoga cepat sembuh