in

Plat Kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ Bukan Permintaan Dr Wan Azizah

f4 plat kereta isteri yab perdana menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video beserta gambar yang memaparkan sebuah plat kenderaan yang tertulis ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ di sebuah kereta Toyota Vellfire di Kota Kinabalu yang berlegar-legar di media sosial.

Isu itu telah menyebabkan ada beberapa pihak yang bertelagah kerana ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang tak setuju dan ada yang mengatakan mereka tiada masalah dengan penggunaan plat tersebut.


15

Namun, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah iaitu Datuk Seri Safar Untong,  plat kenderaan itu bukanlah atas permintaan isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebaliknya ia sudah menjadi amalan kerajaan negeri di bawah bayu itu untuk menyediakan kenderaan tersebut kepada VIP semasa lawatan kerja rasmi di Sabah.

Menurut Sinar Harian pula, kenderaan jenis Vellfire itu telah disediakan oleh kerajaan Sabah untuk digunakan oleh Wan Azizah ketika persidangan Pandu Puteri di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today, sudah menjadi kebiasaan untuk kerajaan negeri itu menyediakan kenderaan dengan plat kereta atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri mereka yang menggunakan kereta tersebut.

Jadi, isu plat kereta yang tular di media sosial sebelum ini bukanlah diminta oleh Wan Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sumber: Free Malaysia Today, Sinar Harian

Baca: ‘Scene’ Dengan Tun M Betul-Betul Terjadi, PMX Puas Hati ‘Storyline’ Filem Kisah Dirinya!

ft PMX kagum filem

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.