in

PKP Mungkin Akan Dilaksanakan Di Kelantan Jika Kes COVID 19 Terus Meningkat?

Kelantan Pkp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun negeri Kelantan kini dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan negeri tersebut tidak menolak kemungkinan status tersebut akan bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID 19 di negeri terbabit terus meningkat.


Menurut Harian Metro, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, kes COVID 19 di Kelantan catat peningkatan yang ketara sejak beberapa hari ini dan juga wujud beberapa kluster baru di negeri berkenaan. 

Kelantan

Nilai kebolehjangkitan (Rt) di Kelantan juga adalah yang tertinggi di negara ini iaitu 1.19 dan perkara ini agak membimbangkan semua.

Malah jika kes semakin tidak dapat dikawal dan terus meningkat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mengesyorkan untuk laksanakan PKP semula di Kelantan.

 

Kita hanya mengikut perintah sahaja namun jika PKP dilaksanakan, sudah tentu semua akan terkesan lebih-lebih lagi kita akan berhadapan dengan Ramadan.

“Justeru, saya memohon seluruh rakyat Kelantan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Izani juga berkata, setakat ini hanya 200,000 rakyat Kelantan saja yang sudah berdaftar untuk mendapatkan vaksin berbanding jumlah rakyat di negeri tersebut yang seramai 1.2 juta orang. Uish sikit jugak tu!

553 5

“Kita ingatkan semua mereka wajib mendaftar sama ada setuju atau tidak untuk mendapatkan vaksin. Namun kita mengharapkan semua bersetuju untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

“Pada masa sama kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun ke lapangan bagi membantu mereka mendaftar suntikan vaksin,” katanya.

Rakyat Kelantan alert ya. Harap dapat bendung COVID 19 ni sebelum habis Ramadan. Nanti kesian yang duduk KL tu tak dapat rentas negeri nak balik ke kampung. 

Baca: Baru Seminggu Dibuka, 4 Murid SK Subang Jaya Positif Covid-19! Ibu Bapa Desak Sekolah Ditutup

Subang 1

Sumber: Malaysiakini
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.