in

Baru Seminggu Dibuka, 4 Murid SK Subang Jaya Positif Covid-19! Ibu Bapa Desak Sekolah Ditutup

Ft Petisyen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu petisyen dilancarkan mendesak agar Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Jaya ditutup selepas empat murid didapati positif Covid-19 hanya selepas seminggu sekolah dibuka semula. Petisyen tersebut mendesak agar sesi petang bagi murid Tahun 1 hingga 3 ditutup.


Menurut FMT, petisyen yang didaftarkan di change.org oleh Raja Nurul Huda Raja Halimul Rashid itu menggesa agar Pejabat Pendidikan daerah Petaling Perdana mengambil tindakan segera, meskipun keempat-empat murid tersebut tidak dijangkiti di sekolah.

Difahamkan, sekolah hanya menutup tiga kelas meskipun terdapat kes aktif dilaporkan dan hanya mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin di rumah.

Sekolah

Beberapa ibu bapa sempat ditemu bual wartawan FMT dan menyokong petisyen itu dan ada yang turut menggesa agar SK Subang Jaya ditutup segera termasuklah sesi pagi.

Menurut Ayu Hayati, dia telah menandatangani petisyen tersebut selepas mendapat tahu tentang itu melalui seorang ibu bapa murid. Katanya risiko penularan virus lebih tinggi di sekolah kerana terdapat sesi pagi dan petang.

Kanak-kanak berkongsi bilik darjah. Ia bukan keputusan bijak untuk tidak menutup sekolah.”

Manakala, seorang ibu bernama Nurul Fazurina berkata, terdapat ramai ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah buat masa sekarang dan mahu bergantung kepada pembelajaran dalam talian.

Mohd Hasbullah pula berkata dia tidak sedar tentang petisyen itu didaftar namun katanya akan menyokong dan turut mempersoal alasan pihak sekolah tidak menutup keseluruhan sekolah buat sementara.

Baca: “Hari2 semangat nak pergi sekolah bawa mangkuk tingkat ni” – Dikecam Gara-gara Bawa Mangkuk Tingkat Ke Sekolah, Ini Penjelasan Ibunya…

Magkuk Tingkat

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.