Bagi mereka yang membesar mendengarkan lagu-lagu Hindustan terkenal seperti Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhi Gham, korang pasti familiar dengan pemilik suara gemersik Lata Mangeshkar kan?
Namun baru-baru ini, negara India berkabung selama dua hari selepas penyanyi yang telah meminjam suaranya kepada lebih 50,000 buah lagu ini, meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat jangkitan COVID 19.
Kematian penyanyi yang digelar sebagai ‘Bharat Ratna’ atau Jewel of India ini telah meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada penduduk India.
Namun serata dunia juga merasakan kehilangannya kerana lagu-lagu nyanyian Lata telah mengimbau kenangan manis kita terbuai menonton filem Bollywood.
Berikut kami senaraikan 7 fakta mengenai ‘The Nightingale of Bollywood’ ini yang tak ramai tahu mengenainya:
1. Tolak nyanyi lagu dengan lirik kurang sopan
Sepanjang kariernya bergelar sebagai penyanyi lagu soundtrack, Lata katanya telah menolak untuk menyanyikan lagu-lagu berentak kabaret dan lagu-lagu yang mempunyai lirik kurang sopan, lucah atau bersifat perkauman kerana ia bertentangan dengan prinsip peribadinya.
Dia juga dikatakan sangat menghormati seni dan lagu apabila menanggalkan kasut sebelum masuk ke studio untuk merakamkan lagu sebagai tanda hormat.
2. Pengsan ketika rakam lagu
Dalam satu interview dengan media India, Lata mendedahkan dia pernah pengsan ketika merakam sebuah lagu di studio. Sebabnya kerana cuaca terlalu panas pada waktu tengah hari dan pada waktu itu tiada aircond disediakan di bilik rakaman.
Lebih menyedihkan kipas siling terpaksa ditutup untuk final recording demi mengelakkan bunyi bising. Lalu tak pasal-pasal Lata pengsan di studio.
3. Pernah pegang World Guinness Record
The Guinness Book of Records edisi 1974 pernah menyenaraikan Lata sebagai artis paling banyak dirakam lagunya. Namun penyanyi dan ahli muzik, Muhammad Rafi menyangkal dakwaan itu dan mengatakan dia sebenarnya memegang rekod tersebut.
Guinness masih mengekalkan fakta Lata sebagai penyanyi yang terbanyak dirakam lagunya dan memasukkan isu mengenai Rafi juga. Tapi pada tahun 1991, fakta tersebut dipadam oleh Guinness.
4. Pernah rakam lagu dengan Rhoma Irama
Ramai yang tak tahu rupanya Lata juga pernah bekerjasama dengan Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama dan menghasilkan dua buah album hasil daripada kerjasama tersebut.
Antara lagu yang dirakam semula ialah ‘Sekuntum Mawar Merah’.
Lata Mangeshkar pernah bekerjasama untuk projek duet bersama Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama dan telah menghasilkan dua buah album hasil kerjasama tersebut. Antara lagu yang telah dirakamkan semula oleh Lata Mangeshkar adalah lagu Sekuntum Mawar Merah. https://t.co/mYzHvN5eUi pic.twitter.com/3vAI7QDX5O
— ALAN (@IniAlalalannn) February 7, 2022
5. Lata pernah diracun secara perlahan
Pada 1962, penyanyi kesayangan ramai ini dikesan telah diracun secara perlahan dan doktor mendakwa ada orang yang ‘sengaja’ melakukan hal tersebut kepada Lata.
Lata menceritakan hal ini dalam bukunya, Lata in Her Own Voice yang mendedahkan dia pernah terlantar selama 3 bulan kerana tahap kesihatannya yang semakin memburuk gara-gara diracun.
6. Sebab Lata Mangeshkar tak pernah berkahwin
Kejayaannya dalam bidang nyanyian membuatkan ramai peminat tertanya-tanya mengapa wanita yang digelar ‘Queen of Melody’ ini tidak berkahwin?
Menurut IMW Buzz, bila ditanya mengenai soal itu, Lata menjawab, “Sesetengah perkara hanya lebih baik disimpan di dalam hati. Biarlah saya fikir begitu.”
Namun menurut Bollywood Shaadis, Lata ialah mangsa daripada kisah cinta terlarang. Dia sebenarnya bercinta dengan mendiang Raj Singh, President of the Board of Control for Cricket in India dan hubungan mereka tidak direstui kerana Raj berdarah raja. Kedua-duanya kemudian memutuskan untuk tidak berkahwin sehingga akhir hayat.
7. “Kekosongan yang tidak dapat diisi”
Lata Mangeshkar yang meninggal pada Ahad lepas telah dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Negara yang mana dihadiri sendiri oleh Perdana Menteri India yang menganggap permergiannya sebagai “a void that cannot be filled”.
The relevance of the #LataMangeshkar to the history and self actualisation of India as a nation !! 🙏🏽 pic.twitter.com/VsRltFnsx6
— Randeep Hooda (@RandeepHooda) February 6, 2022
Rindu nak dengar lagu-lagu hindustan nyanyian Lata. Harapnya adalah pengganti bersuara lunak sepertinya di India lagi.
Baca: “Kekayaan dianggar RM3.15 bilion” – Shah Rukh Khan Tersenarai Antara Individu Paling Kaya Di India