in

Pilih Untuk Tidak Hantar Anak Ke Sekolah, Suhaimi Saad Kini Tubuh Kumpulan Nasyid Bersama Anak-anak & Isteri

Rakam Album

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai di antara kita sudah tahu yang penyanyi nasyid, Suhaimi Saad mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anaknya dengan tidak mengikuti pendidikan formal di sekolah dan lebih ke arah ‘homeschooling’.


Setelah sepi sekejap daripada industri muzik kerana ditimpa kesakitan, Suhaimi tiba-tiba membuat kejutan dengan memberitahu bahawa dia bakal tampil dengan sebuah kumpulan nasyid baru yang dianggotai oleh empat orang anaknya dan ibu mereka, Ina Naim.

Menerusi perkongsian Suhaimi di Instagram, kumpulan tersebut diberi nama Bismillah dan dia juga memaparkan anak-anaknya sedang bersedia di studio rakaman untuk merakamkan sebuah lagu buat album sulung kumpulan tersebut.

Menurut Suhaimi, album kumpulan Bismillah akan diterbitkan pada awal bulan Ramadan ini dan ia mengandungi 10 lagu dan sebuah zikir.

Malah Ina Naim yang juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian itu juga katanya bakal membuat ‘comeback’. Uish pandai Mosus buat lagu untuk anak dan isteri ye. 

Rata-rata netizen yang mengikuti Suhaimi memberikan komen-komen membina dan berharap usahanya dalam menerbitkan album dipermudahkan.

Mosus

Nampaknya Mosus dah ada perancangan besar untuk masa depan anak-anak dia tu. 

Baca: “Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat” – Suhaimi Saad

Shumi

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.