Nampaknya kemelut berkenaan dengan kepincangan rumah tangga Da’i Farhan semakin marak ekoran dengan tindakannya bernikah dengan seorang wanita janda anak 8.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila Farhan mengakui bahawa dia sudah menceraikan isterinya kini sedang sarat hamil anak kedua melalui aplikasi WhatsApp.
Selepas pelbagai pihak menyuarakan rasa kesal dan bermacam-macam jenis kecaman yang dilemparkan kepada Farhan, Dr Erin tampil membuka mulut mengenai isu hangat yang melanda rumah tangganya.
Pihak satu lagi tak habis-hanis nak cari salah & buruk orang – Dr Erin
Dia menzahirkan rasa kesal terhadap satu pihak yang asyik memburukkan-burukkan orang sedangkan diri itu bergelar ustazah.
Malah dia juga menjelaskan si ustazah tersebut suka korek kisah silam dengan tujuan nak buka aib orang. Malah dia juga meluahkan rasa kesal apabila dirinya dipandang sebagai orang jahat.
Dr Erin juga akui hati ‘pihak sana’ tengah sakit dan kesian dengan ustazah tersebut. Namun tindakan ustazah itu telah mencabar maruahnya.
Katanya lagi, ‘pihak sana’ siap berkomplot dengan geng ustazah lain yang didakwa konon-konon suci dan sedang merancang untuk buka aib orang dan jadi batu api dalam keluarga.
Hurm, ustazah mana tu? Apa pun kita tunggu sajalah penjelasan dari pihak lagi satu yang dimaksudkan tu. Lagi senang bersemuka terus.