in

Pihak Polis Tahan Wanita ‘Ejek’ Laungan Azan Macam Lolongan Anjing

collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang tukang urut wanita di Georgetown telah ditahan polis pada hari Selasa lalu kerana memuat naik hantaran di Facebook menghina laungan azan.

Menurut FMT, wanita berusia 26 tahun itu telah memuat naik hantaran dengan menyamakan bunyi azan seperti lolongan anjing.


CBFCC772 6392 4BCD A087 DFA4FDE20586

Ekoran dari ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata pihaknya telah menerima empat laporan berhubung kenyataan tersebut.

Laporan terbaharu yang diterima adalah yang dibuat seorang pengurus syarikat swasta berusia 33 tahun. Pengadu yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Perai pada jam 5.18 petang ternampak satu kenyataan menghina laungan azan dengan disertai emoji gambar hidung babi dan anjing.”

“Terdapat juga kenyataan tanda pagar yang menghina masjid yang ia dimuatnaik oleh individu yang menggunakan nama Facebook ‘JULIA JJ II’.”

Tambahnya, lelaki tersebut merasa tak puas hati dengan kenyataan tersebut kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan kaum dan perlu diambil tindakan tegas.

Wanita yang berasal dari Tawau, Sabah ini telah ditahan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Pihak polis juga turut merampas dua telefon bimbit milik suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Baca: “Ada hikmah disebalik musibah” – Akhirnya Azan Dibenarkan Berkumandang Secara Terbuka Di Kota Parma, Itali

Screenshot 2021 07 01 at 4.23.34 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.