Siapa yang tidak kenal dengan negara Itali yang sebelum ini merupakan negara ke-2 yang mempunyai angka besar dalam penularan wabak Covid-19, selepas China dahulu.
Kini Itali mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 199,414 kes dengan jumlah kematian sebanyak 26,977 kes, lapor worldometer.
Negara ini merupakan top 3 negara yang teruk terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Laungan Azan
Baru-baru ini, viral di sosial media laungan azan berkumandang secara terbuka di kota Parma, Itali membuat hati orang yang beragama Islam tersentuh.
https://www.instagram.com/p/B_cXB4oJbvX/?utm_source=ig_web_copy_link
Difahamkan, laungan azan itu menandakan bermulanya bulan Ramadan dan program itu dibuat di perkarangan Ibu Pejabat Komuniti Islam Parma dan Wilayah Campanini.
Majlis itu dilaksanakan sesuai dengan protokol yang betul, apa yang menarik majlis tersebut dihadiri oleh Datuk Bandar Parma, Federico Pizzarotti,
Ianya sekali gus merupakan saat bermuhasabah bagi masyarakat kota tersebut.
Selepas menghadapi kesukaran, akhirnya rakyat Itali buka mata pada agama Islam.
Islam dan Itali
Menerusi Washington post, pernah dahulu Islam dianggap tidak wujud di Itali, walaupun Islam ketika itu merupakan agama kedua terbesar tapi mereka masih mengabaikannya.
Hal demikian menyebabkan masjid tidak dapat dana awam, perkahwinan islam tidak mempunyai nilai sah, dan pekerja yang beragama islam tidak dibenarkan mengambil cuti untuk cuti keagamaan.
Selepas penularan wabak virus ini, perlahan-lahan mereka cuba menerima bangsa yang beragama Islam di Itali.
Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga wabak virus ini akan hapus dari muka bumi ini.