Masjid Putra, atau lebih dikenali sebagai “Masjid Pink”, sememangnya menjadi antara destinasi wajib dikunjungi apabila berada di Putrajaya.
Ia juga cukup popular dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan seni bina yang unik dan memukau.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial perkongsian seorang individu yang meluahkan kebimbangan terhadap keadaan tempat wuduk dan tandas di masjid tersebut yang didakwa kurang memuaskan dari segi kebersihan.
Susulan itu, pihak pengurusan masjid menerusi Facebook tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.
Mereka turut memaklumkan beberapa tindakan yang telah dan akan diambil bagi memastikan tahap kebersihan kemudahan tersebut terus dipertingkatkan.

Artikel Berkaitan: “Ni baru 1 Malaysia” – Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Dataran Putrajaya
Artikel berkaitan: “Untungnya siapa yang dapat buka puasa kat sana” -[VIDEO] Individu Kongsi Situasi Berbuka Puasa Di Depan Kaabah
Menurut pengurusan masjid, kerja-kerja penyelenggaraan telah dilakukan secara berkala namun oleh kerana usia fasiliti yang telah menjangkau usia 30 tahun, terdapat keperluan bagi tindakan pembaikan yang lebih menyeluruh dan segera.
JKR telah merancang untuk pembaikan dalam skop peruntukan RMK13 yang akan dilaksanakan pada 2027.
Pihak masjid juga telah bertindak pantas melakukan pembersihan menyeluruh atau deep cleaning dan fasiliti juga akan ditambah baik dari masa ke semasa.
Pihak masjid telah dan akan melaksanakan beberapa siri gotong-royong mega melibatkan kawasan tandas dan tempat wuduk sebagai langkah untuk mempertingkatkan tahap kebersihan secara menyeluruh.
Sebagai langkah jangka panjang, kerja-kerja renovasi dan pembaikan menyeluruh bagi tandas serta tempat wuduk telah diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan dijadualkan bermula pada tahun 2027.
Dalam masa yang sama, sama-sama lah kita menjaga kebersihan setiap masjid dan rumah ibadat agar dapat digunakan dalam keadaan yang selesa.
Sumber: Facebook Masjid Putra Putrajaya
