Masjid Putra atau juga dikenali sebagai masjid pink sememangnya menjadi destinasi yang wajib dikunjungi jika berkunjung ke Putrajaya. Ia turut menjadi tempat yang popular dalam kalangan pelancong asing yang melancong di negara ini kerana seni bina masjid yang sangat cantik.
Namun, baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian seorang individu yang prihatin dengan keadaan tempat wuduk dan tandas Masjid Putra yang dilihat tida begitu bersih.
Susulan itu, pihak pengurusan masjid tersebut menerusi Facebook telah tampil menjelaskan mengenai keadaan itu. Mereka turut berkongsikan tindakan yang telah dan akan mereka ambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Ni baru 1 Malaysia” – Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Dataran Putrajaya
Artikel berkaitan: “Untungnya siapa yang dapat buka puasa kat sana” -[VIDEO] Individu Kongsi Situasi Berbuka Puasa Di Depan Kaabah
Menurut pengurusan masjid, kerja-kerja penyelenggaraan telah dilakukan secara berkala namun oleh kerana usia fasiliti yang telah menjangkau usia 30 tahun, terdapat keperluan bagi tindakan pembaikan yang lebih menyeluruh dan segera.
JKR telah merancang untuk pembaikan dalam skop peruntukan RMK13 yang akan dilaksanakan pada 2027.
Pihak masjid juga telah bertindak pantas melakukan pembersihan menyeluruh atau deep cleaning dan fasiliti juga akan ditambah baik dari masa ke semasa.
Pihak masjid telah dan akan melaksanakan beberapa siri gotong-royong mega melibatkan kawasan tandas dan tempat wuduk sebagai langkah untuk mempertingkatkan tahap kebersihan secara menyeluruh.
Sebagai langkah jangka panjang, kerja-kerja renovasi dan pembaikan menyeluruh bagi tandas serta tempat wuduk telah diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan dijadualkan bermula pada tahun 2027.
Dalam masa yang sama, sama-sama lah kita menjaga kebersihan setiap masjid dan rumah ibadat agar dapat digunakan dalam keadaan yang selesa.
Sumber: Facebook Masjid Putra Putrajaya
