in

Zahid Hamidi Kata Enggan Kerjasama Dengan DAP, PKR & BERSATU Hanya Ketika PRU15 Sahaja

Ft Ahmad Zahid Hamidi Kerjasama Dengan Dap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mengabaikan prinsip UMNO.


Oleh sebab itu, beliau memin semua pihak bahawa prinsip  BN yang mengatakan pegangang untuk menolak kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini hanya sewaktu PRU15, bukannya selepas.

 

Ajak ‘merapatkan barisan umpama ‘lidi seikat’

Katanya selepas pilihan raya umum, kerjasama ini adalah untuk ‘meyapu’ segala kotoran yang dilemparkan kepada UMNO.

“Selepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama ‘lidi seikat’ ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar dan dalam.”

Tambah beliau, apa yang berlaku dalam area politik negara hari ini tidak akan  menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.

“Sesuai dengan perkembangan, ia perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik dan dilihat inklusif,” katanya.

Kempen

Memetik laporan Berita Harian, Zahid turut menegaskan bahawa UMNO tetap mempertahankan pegangan parti iaitu mengamalkan sikap moderate, sederhana, centrik dan progresif dalam menangani perubahan.

“UMNO juga menolak parti menggunakan agama untuk berpolitik, sebaliknya UMNO secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Hannah 1668789686

Berkenaan dengan kerjasama BN dan PH di Perak dan Pahang, ia adalah bagi  memastikan kesinambungan dalam kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negeri-negeri tersebut.

“Kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan untuk diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan,” katanya.

“Kerjasama yang dibina oleh BN Perak dan Pahang juga memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum dan meraikan kepelbagaian sesuai dengan demografi negeri yang merupakan asas kepada pembentukan kerjasama strategik,” jelasnya.

Beliau berkata, pendekatan baharu ini adalah satu pilihan yang akan menjadi perintis kepada perpaduan dan keharmonian kerajaan agar fokus pembangunan dapat diteruskan.

Baca : Zahid Hamidi Nafi Letak Jawatan Susulan Surat Palsu Tular

Zahid Hamidi Letak Jawatan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.