in

Petisyen Langgar SOP: Jumlah Naik Mendadak Dalam Masa 2 Hari, Lebih 62,000 Mahu Neelofa Dipenjarakan

Ft Petisyenlofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 berkali-kali, netizen berpakat untuk menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan dan pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara terhadap Neelofa.


Sehingga artikel ini ditulis, seramai 62,550 individu telah memberikan tandatangan mereka tanda sokongan terhadap petisyen tersebut. Menurut Malaysiakini, difahamkan jumlah itu naik mendadak dalam tempoh dua hari lepas berbanding angka 2,203 ketika mula-mula ia diwar-warkan.

Petition

Kempen itu dilancarkan oleh akaun ‘Hentikan Double Standard’ bertujuan untuk mendesak pihak berkuasa untuk lebih tegas ke atas selebriti itu yang jelas telah melakukan kesalahan berulang kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).’

Petisyen ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga dikira sebagai peringatan kepada pihak berkuasa agar tidak mengamalkan undang-undang berbeza di antara orang awam dan individu kenamaan atau dalam erti kata lain, double standard.

Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik COVID-19.”

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera dipenjarakantanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!”

Lofa 3

Itulah ayat yang digunakan di petisyen tersebut selain turut disenaraikan, empat kesalahan melanggar SOP yang dilakukan oleh Neelofa bersama suaminya, PU Riz dan keluarganya. Terdahulu, Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Mahkamah dilaporkan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.

Baca: “Kata takde double standard”- Didakwa Banyak Kali Langgar SOP, Netizen Buat Petisyen Desak Neelofa Dipenjara

Cats 63

Sumber: change.org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.