in

“Kata takde double standard”- Didakwa Banyak Kali Langgar SOP, Netizen Buat Petisyen Desak Neelofa Dipenjara

Cats 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ada lagi isu tentang Neelofa bila keluarganya didakwa melanggar SOP sewaktu Hari Raya Aidilfitri. Sepatutnya tak boleh ziarah-menziarahi, tapi keluarga dia selamba berkumpul ramai-ramai di rumah untuk sambut Syawal bersama.



Bila tengok Neelofa sudah banyak kali dipercayai langgar SOP tanpa ada sebarang tindakan tegas diambil terhadap selebriti itu, ramai netizen yang mula bengang dan geram dengan sikap Neelofa yang seolah-olah tidak menghiraukan SOP yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat.

Sudah tidak tahan tengok sikap Neelofa, netizen merasakan Neelofa sepatutnya dipenjarakan atas kesalahan melanggar SOP berulang kali.

 

Petisyen penjarakan Neelofa

Semalam, satu petisyen yang mendesak Neelofa untuk dipenjara dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter Naratif Rakyat dan kini telah mengutip hampir 18 ribu ‘sign’ daripada orang ramai. Haa korang tengok sendiri betapa ramainya yang tak puas hati dengan Neelofa.

“4 kali langgar SOP. Tak serik-serik.”

Bersama-sama petisyen itu, satu hashtag berbunyi #penjarakanneelofa dengan tagline ‘Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali terjadi…’ juga diletakkan.

Photo6138956696916176282

 

Desak PDRM jangan double standard

Sebelum ini, Neelofa didakwa telah berkali-kali melanggar SOP apabila dia melakukan majlis perkahwinan tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan juga bila tiba-tiba boleh merentas negeri pergi ‘honeymoon’ dekat Langkawi dengan suami. Tak cukup itu sahaja, dia merentas negeri sekali lagi pergi ke Nilai 3 sebab nak pergi beli carpet.

Cats 62

Berdasarkan kesalahan berulang kali yang dilakukan oleh Neelofa, individu yang membuat petisyen ini mendesak kerajaan Malaysia dan PDRM untuk segera penjarakan Neelofa tanpa kompromi sebagai tanda kepada kerajaan untuk tidak mengamalkan undang-undang double standard kepada VVIP dan orang kenamaan.

Salah tetap salah tau. Kata tak amalkan double standard kan…

 

Sumber: Naratif Rakyat, Change.org

Baca: “Apa hebatnya dia?”- Azwan Ali Mahu Polis Penjarakan Neelofa Kerana Langgar SOP

Dsd

Sumber: Change.org
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.