Sudah lebih satu minggu konflik antara Rusia dan Ukraine berlangsung dan sehingga kini ia masih belum menunjukkan tanda-tanda reda. Ramai penduduk Ukraine difahamkan sudah meninggalkan tanah air mereka ke negara jiran bagi mendapatkan perlindungan.
Meskipun sedang berperang, baru-baru ini sebuah rakaman video pendek tular dari Ukraine yang dianggap sebagai jenaka perang yang memaparkan seorang petani Ukraine dengan selamba menarik sebuah kereta kebal milik askar Rusia dengan menggunakan traktor.
Mothership melaporkan, insiden terbabit dikongsikan di laman sosial Twitter pada 28 Februari lalu. Video tujuh saat itu memaparkan sebuah traktor berwarna biru menarik sebuah kereta kebal sementara seorang orang awam mengejar traktor terbabit.
Menurut laporan, kereta kebal yang ditarik dalam video terbabit adalah milik kereta kebal Rusia MT-LB yang mula diperkenalkan pada tahun 1950an. Ada yang mendakwa petani berkenaan menarik kereta kebal itu untuk dijual sebagai besi buruk.
Kata seorang menteri Ukraine, kemungkinan besar petani berkenaan mahu menjual kereta kebal itu sebagai besi buruk kerana besi buruk sangat berharga di Ukraine.
“Penduduk Ukraine bersemangat untuk dapatkan seberapa banyak duit yang boleh dengan menjual senjata musuh,” tulis menteri berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 800 ribu tontonan dan menerima 14.1 ribu tanda suka. Rata-rata pengguna laman sosial memuji sikap penduduk Ukraine yang dikatakan tak gentar walaupun negara mereka sedang berperang. Ada juga yang mengatakan, penduduk Ukraine mungkin merupakan penduduk paling gengster yang pernah mereka lihat.
Korang boleh tengok video tu kat bawah:
Ukrainian tractor taking a Russian MT-LB. pic.twitter.com/WgJMx26Tb0
— Arslon Xudosi 🇺🇦 (@Arslon_Xudosi) February 27, 2022
Sumber: Mothership