in

Dengan Bayaran Sekitar RM4K Satu Perjalanan, Korang Boleh ‘Fefeling’ Naik Kereta Kebal Dengan ‘Tank Taxi’

Tank Taxi E1646451390450

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui perkhidmatan e-hailing seperti Grab, Lyft dan Uber memang banyak digunakan bukan saja di negara ini malah, di luar negara. Tapi, tahukah korang ada sebuah perkhidmatan e-hailing ni yang tawarkan keistimewaan tersendiri kerana kenderaan yang dibawanya bukanlah kereta biasa seperti yang selalu digunakan.


0 What A Blast Da 702010 E1636866068973

CBS News melaporkan, di Norwich, England, seorang lelaki ada menawarkan perkhidmatan “Tank Taxi.” Kalau dengar dari namanya saja, mesti ramai orang akan terpinga-pinga sebab sangkakan ada kereta kebal yang ditukarkan menjadi teksi. Biar betik kan?

Kalau korang nak tahu, Tank Taxi bukanlah menggunakan kereta kebal sebenar tapi merupakan kenderaan berperisai atau Armored Personnel Carrier (APC) yang dimiliki seorang lelaki bernama Merlin Batchelor. Difahamkan, Batchelor membeli APC terbabit secara online dan kos membeli dan membaiki kenderaan berperisai tahun 1967 itu menelan belanja sekitar $35,000 (RM145,372.50).

Tank Taxi Norwich England E1636866096787

Kata Batchelor, pada mulanya dia membeli APC terbabit sekadar memenuhi hobi masa lapangnya, namun begitu, dia mula menerima banyak permintaan daripada orang ramai untuk menaiki kenderaan berperisai berkenaan.

“Mula-mula, ada jiran-jiran yang bertanya. Lepas tu, kawan dan kawan kepada kawan dan sekarang ada juga orang tak dikenali yang tanya saya kalau saya boleh bawa mereka berjalan-jalan naik APC ini,” katanya.

Ujar Batchelor lagi, dia paling banyak mendapat permintaan untuk membawa penumpang ke majlis tari-menari di sekolah.

Weddling Party Iln Tank Taxi In Norwirch England E1636866144670

Disebabkan kenderaan berperisainya itu menarik perhatian ramai, lelaki terbabit akhirnya memutuskan untuk memulakan side job baru dimana dia akan mengenakan bayaran sekitar $1,000 (kira-kira RM4,000) bagi satu perjalanan. Setakat ini, Batchelor sudah menerima tempahan untuk memandu pelanggan ke majlis perkahwinan dan majlis pengebumian.

APC milik Batchelor itu difahamkan mampu membawa maksimum 9 orang penumpang pada satu-satu masa dan kelajuan maksimumnya hanyalah 20mph, lapor Forbes.

0 What A Blast Da 702020 E1636866260759

Pun begitu, Batchelor menjelaskan dia sekarang hanya mempunyai lesen untuk membawa penumpang menaiki kenderaan berperisai itu ke majlis perkahwinan dan majlis pengebumian saja.

Walau bagaimanapun, bapa kepada empat orang anak ini berharap di masa hadapan dia akan memperoleh permit supaya boleh mengambil penumpang untuk majlis-majlis lain.

Sumber: CBS News, Forbes

Baca: Teksi Ampang Di Belanda? Dua Beradik Ini ‘Rebuild’ Proton Wira Semata Nak Layan Litar Nürburgring

Gambar Hiasan 1 1 E1636864420306

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.