in

Petani Dakwa Muzik Kuat Dari Majlis Perkahwinan Punca 63 Ekor Ayam Mati Diserang Sakit Jantung

F3 Ayam Heart Attack E1641017003853

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penternak di India baru-baru ini telah kehilangan 63 ekor ayam peliharaannya setelah kesemua haiwan tersebut dikatakan mengalami serangan jantung gara-gara muzik yang kuat dari sebuah majlis perkahwinan di kampungnya.


Menurut India.com, kejadian tersebut berlaku di daerah Odisha Balasore, India ini dan perarakan rombongan pengantin lelaki telah melalui kawasan kampung terbabit pada sekitar 11 malam.

Ayam Heart Attack 2
Gambar sekadar hiasan

Muzik yang kuat dan mercun telah dimainkan ketika perarakan perkahwinan itu berlangsung. Penternak yang dikenali sebagai Ranjit Parida itu kemudiannya meminta rombongan tersebut untuk memperlahankan bunyi di majlis mereka.

Walau bagaimanapun, permintaan itu tidak dihiraukan oleh mereka yang terlibat gara-gara mabuk. Ayam-ayamnya pula kemudiannya berlari-lari di sekitar reban kerana nampak seperti dalam ketakutan dengan bunyi muzik dan mercun itu. Paling sedih, sejam selepas itu, ayam-ayam milik Ranjit ditemui mati.

Dia pada mulanya tak mahu mendakwa yang bukan-bukan tentang kematian haiwan ternakannya jadi dia telah menemui doktor haiwan yang kemudiannya mengatakan ayam-ayam itu mati gara-gara terkejut dengan bunyi yang kuat.

Ayam Heart Attack 3
Gambar sekadar hiasan

Oleh itu, Ranjit mahu meminta ganti rugi daripada pihak majlis itu namun menurut jirannya, dakwaan Ranjit tak logik sebab ayam-ayam selalu dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain menaiki lori, dan sepanjang perjalanan, haiwan itu lazimnya akan mendengar bunyi hon yang bising.

Memetik laporan Astro AWANI pula, Suryakanta Mishra iaitu profesor dalam bidang zoologi berkata, penyakit kardiovaskular pada burung boleh terjadi jika mereka terganggu dengan bunyi kuat.

Difahamkan juga, kehidupan ayam yang dikawal oleh jam biologi iaitu kitaran siang dan malam boleh terganggu jika haiwan ini berasa tertekan atau seronok yang melampau akibat muzik atau sebarang bunyi yang kuat.

Namun, kedua-dua belah pihak kini bersetuju untuk selesaikan perkara ini dengan baik setelah dipujuk oleh pihak polis.

Apa-apa pun, kalau dah hidup berjiran ni, kenalah saling bertolak ansur dan bertimbang rasa kan. 

Sumber: India.com, Astro AWANI

Baca: “Kalau nak beli online ada jual tak?”- [VIDEO] Netizen Teruja Tengok Ayam Masuk Rumah ‘Kejutkan’ Pemilik

Ayam Heart Attack 1

Sumber: India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.