in

Pesawat Terpaksa Buat ‘Emergency Landing’ Lepas Kucing Masuk Kokpit, Serang ‘Pilot’ & Semua Kru Kabin

ft pesawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat dalam perjalanan ke Doha dari Khartoum, Sudan pada minggu lepas terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas diserang oleh satu ‘entiti’.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku hanya 30 minit selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di mana seekor kucing dilaporkan muncul di dalam kokpit dan bertindak agresif.


cat4

Difahamkan juruterbang pesawat berkenaan diserang kucing tersebut dan kru kabin kemudian datang untuk membantu serta meleraikan kucing itu namun malangnya mereka juga turut diserang.

Menurut NZ Herald, disebabkan keadaan huru hara dan kacau bilau berpunca daripada kucing terbabit, juruterbang terpaksa membuat keputusan untuk berpatah balik.

Pesawat Boeing 737 itu dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan dan penerbangan ke Doha berlaku kelewatan disebabkan insiden berkenaan. Tiada penumpang yang cedera dan keadaan kembali normal selepas pesawat mendarat namun tidak dinyatakan tindakan yang diambil terhadap haiwan berkenaan.

cat2

Tidak dapat dipastikan bagaimana kucing tersebut boleh berada di dalam pesawat berkenaan namun ada yang berpendapat bahawa ia mungkin masuk pada malam sebelum, ketika pesawat itu diletakkan di dalam bangsal kapal dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Baca: Gara-gara Protokol Perintah Kawalan Pergerakan, Jenazah Terpaksa Diusung Lalu Atas Pagar Batu

jenxah angkat batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.