in

Pesawat Terhempas, Semua Penumpang Termasuk Juruterbang Terkorban

1pswt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan penyelamat terdiri daripada Pengawal Pantai Amerika Syarikat telah menemui bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis.

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua 9 orang yang berada di dalam pesawat itu termasuk seorang juruterbang disahkan meninggal dunia. Pasukan penyelamat berjaya menenui serpihan pesawat itu selepas beberapa jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam cuaca buruk dan jarak pengelihatan yang terhad.


Screenshot 2025 02 08 at 2.54.57 PM

Pesawat jenis “turboprop Cessna Caravan” yang dikendalikan oleh Bering Air dilaporkan hilang pada Khamis lalu itu menuju ke Nome dari Unalakleet sebelum isyarat kedudukannya hilang kira-kira 19 kilometer dari pesisir pantai.

Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai dan proses mengkebumian akan dilakukan sejurus selesai siasatan berkaitan.

 

Baca: Nahas Pesawat Philadelphia: 7 Terkorban, 19 Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.