Baru-baru ini tular di media sosial satu mesej mengatakan seorang anggota polis di Gerik telah meninggal dunia ekoran komplikasi dos kedua vaksin Covid-19.
Ekoran ini, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah pun mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tular mengenai kematian seorang anggota polis berusia 50-an itu,
Dalam kenyataan tersebut, Pengarah Kesihatan Negeri, Dato Dr. Ding Lay Ming mengatakan semasa menerima vaksin Corminaty dos pertama pada 13 Mac lalu, pesakit tak mengadu sebarang gejala.
Malah, selepas menerima dos kedua pada 3 April lalu, pegawai polis tersebut turut tak menunjukkan tanda gejala selepas pemerhatian selama 30 minit dibuat.
Pegawai polis tersebut mengadu sakit pada waktu tengahari dan diberikan rawatan awal di Hospital Gerik sebelum dipindakan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Taiping.
Pesakit mengalami Myocardial Infarct (sakit jantung). Keadaan pesakit sekarang adalah stabil.”
Kenyataan Media Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkenaan Penularan Isu Pegawai Polis Didakwa Meninggal Dunia Selepas Menerima Vaksin Kedua di Hospital Gerik, Perak pic.twitter.com/8r7r29bg9Q
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 4, 2021
Untuk pengetahuan korang, pegawai polis ini mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Pengarah Kesihatan Negeri Perak juga meminta agar orang ramai untuk tak tularkan sebarang berita yang belum sahih kerana bimbang akan menimbulkan kegusaran.