in

Juruteknologi Makmal Klinik Kesihatan Meninggal Dunia 19 Hari Lepas Cucuk Vaksin, Ini Penjelasan Pengarah Kesihatan Perlis

Vaksin2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang juruteknologi makmal perubatan Klinik Kesihatan Kangar disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2021, difahamkan Allahyarham ada menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 19 hari sebelum meninggal dunia.


Oleh itu, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim memberikan penjelasan bahawa ia tiada kaitan dengan vaksinasi tersebut.

Katanya, arwah yang berusia 42 tahun itu mempunyai sejarah serangan jantung dan pernah menjalani pembedahan angioplasty sekitar 2013.

 

Tiada kaitan dengan vaksinasi Covid-19

Menurutnya, arwah sebelum ini menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama pada pagi 2 Mac lalu, arwah tidak mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak menunjukkan kesan sampingan.

“Dia hanya mengadu rasa lenguh pada bahagian tangan di tempat suntikan serta disertai gejala pening tetapi dia masih boleh menjalankan tugas seperti biasa.”

Tambah Dr Sirajuddin Hashim, arwah ketika itu mampu meneruskan hariannya pada hari kedua seperti biasa, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, arwah sihat sehinggalah Jumaat lalu.

Kenyataan Media Berkenaan Kematian Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan Klinik Kesihatan Kangar Selepas 19 Hari Menerima Vaksin COVID-19 (Corminarty) Pada 21 Mac 2021

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, March 21, 2021

Isterinya yang bertugas sebagai seorang doktor pakar mengadu bahwa arwah sakit dada dan sesak nafas pada awal pagi kelmarin.

“Mangsa turut mengalami sawan serta tidak sedarkan diri selepas itu yang mana bantuan awal menerusi CPR (bantuan pernafasan mulut ke mulut atau cardiopulmonary resuscitation) dilakukan di rumahnya sebelum mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.”

“Disebabkan keadaannya itu, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTF serta menjalani aktif resusitasi namun mangsa gagal diselamatkan.”

Kata Dr Sirajuddin, pakar mengesahkan bahawa kematian mangsa tiada kaitan dengaan vaksinasi Covid-19 kerana ia adalah sebabkan serangan jantung setelah diperiksa berdasarkan simptom, tanda klinikal dan kes

“Kita menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih.Ini bertujuan bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin Covid-19,” katanya.

 

Baca : Bekas Pesakit Covid-19 Perlu Ambil Vaksin Atau Tidak? Ini Yang Perlu Korang Tahu!

Vaksin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.