in

Pesakit Covid-19 Di Klang Tikam Pesakit Lain, Didakwa Berhalusinasi

Htar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

10 Jun lalu, berlaku satu insiden dimana seorang pesakit Covid-19 di Klang telah bertindak menikam pesakit lain dan dikatakan pelaku sedang berhalusinasi, kejadian itu berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).


 

Berhalusinasi, tikam pesakit lain

Menurut Sinar Harian, polis kini sedang siasat termasuk kesihatan mental si pelaku.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek telah ditahan reman selama 6 hari bermula Sabtu lepas untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Buat masa ini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh dengan kawalan polis. Mangsa yang masih dirawat di HTAR pula telah dilaporkan stabil.”

Dalam hospital yang sama, dikatakan sebelum ini ada berlaku kes kekasaran pada 9 Jun yang membabitkan waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Waris tersebut dikatakan cuba menampar seorang orang doktor kerana tidak berpuas hati. Bagaimanapun, hanya kena sedikit di bahagian telinga dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Nik Ezanee berkata, sebelum itu satu kes kekasaran berlaku pada 9 Jun membabitkan waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di hospital sama.

 

Baca : “Tak macam sakit” [VIDEO] Sambil Tunggu Ambulans Sampai, Pesakit Covid-19 Ini Siap Boleh Karaoke & Menari

Menari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.