Nak tanya sikit, apa korang rasa kalau korang tiba-tiba dapat berita yang korang disahkan positif Covid-19? Mesti korang sedih,betul tak? Mana taknya, risau la sebab takut kesihatan kita tiba-tiba merosot.
Tapi, lain pula dengan reaksi seorang lelaki ini bila dia nampak ceria pada hari dia akan dibawa ke pusat kuarantin.
Menurut mStar, lelaki yang bernama Syed Yazid Alhady Syed Amir itu beritahu yang di terpaksa di bawa ke pusat kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 pada 18 April lalu sebab jadi kontak rapat kepada seorang rakannya.
Siap boleh karaoke dan menari lagi
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh syazidyy__ , korang boleh tengok dia tengah syok menari dan menyanyi dengan penuh semangat sambil tunggu ambulans datang nak ambil dia ke pusat kuarantin.
@syazidyy__ Before 6 days check in to hotel of quarantine centre #fyp #foryou #foryoupage #covidmalaysia #kuarantin #tiktokmalaysia #tiktokindonesia
“Pukul 9 sampai 10 malam ambulans tak datang lagi. Jadi saya menyanyi dan menari dahulu lagu Dunia Belum Berakhir oleh Shaden untuk hilangkan rasa nervous menunggu.”
Lebih mesra disapa Yazid, lelaki ini bercerita kepada mStar yang dia sempat menyanyikan beberapa buah lagu sebelum ambulans tiba pada jam 11.30 malam.
“Sebenarnya saya nervous tunggu ambulans datang sebab dah lama tak jejak kaki ke hospital, pergi klinik pun jarang sangat.”
Sentiasa berfikiran positif
Pada mulanya, perasaan bimbang melebihi perasaan sedih bila dapat tahu dia positif Covid-19. Dia takut kalau ahli keluarga dia yang lain turut dijangkiti disebabkan dia. Tapi dia bersyukur sangat selepas semua ahli keluarganya disahkan negatif lepas buat swab test.
“Lagi banyak fikir, lagi serabut kepala. Tak ada faedah kalau rasa tertekan. Jadi, saya perlu buat sesuatu untuk sentiasa berfikiran positif.”
Salah satu cara untuk sentiasa berfikiran positif adalah dengan berkaraoke dan menari.
“Masa saya menari waktu tunggu ambulans tu bukan sekadar suka-suka, tapi untuk ada semangat yang positif.”
Dia juga bersyukur sebab dapat sokongan yang positif juga daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Bagus la dia ni sebab still cuba untuk jadi positif walaupun dapat berita yang agak tidak menggembirakan. Semangat macam ni yang kita kena contohi betul tak?
Sumber: mStar, syazidyy__
Baca:[VIDEO] Netizen Kecam Gadis Tepuk Tangan Ayah Positif Covid-19, Ini Cerita Sebenar Yang Berlaku