Seorang anak pastinya mahu melihat ibubapa mereka gembira. Walaupun dengan cara yang paling kecil, senyuman ikhlas dari mereka itu cukup membuatkan kita turut gembira.
Sebagai contoh, seorang pemuda di Indonesia ini berjaya menggembirakan ibunya hasil dari titik peluh beliau menghantar makanan. Menyedari yang mesin pengisar ibunya rosak ketika berniaga, pemuda ini nekad untuk memberikan kejutan khas buat ibunya dengan memberi mesin pengisar yang baru.
Korang boleh tengok video pemuda itu ‘surprise’ ibunya dalam video @pengalamannyata di bawah.
Nangis banget liat ini pic.twitter.com/ldxyVzh1ow
— nanyamulu (@pengalamanyata) September 17, 2022
Rezeki yang halal
Ramai warganet turut tumpang terharu melihat video pemuda ni beri kejutan untuk ibunya ini. Bila tengok ibu dia peluk blender tu lagi buat min rasa sebak.
Amin. Semoga pemuda tu dan semua yang mendoakakan beliau diberi kelancaran dan kemudahan dalam mencari rezeki.
Betul, bukan nilai barangan tu yang menjadi ukuran, tetapi ingatan untuk orang tersayang itu yang lebih bermakna.
Min pun tak boleh kalau benda-benda yang buat parents menangis terharu ni. Kita yang tengok pun ikut sedih sekali.
Min pernah dengar 4 perkara yang menjanjikan rezeki kita murah. Kerja keras, rasa syukur, ikhlas dan membahagiakan ibubapa. Memang lengkap pakej pemuda dalam video ni.
Baca: Abang Lori ‘Belanja’ Hon Berlagu, Tapi Netizen Lebih Tertarik Dengan Gelagat Rider Makanan Ini