in

Pertama Kali Masak Rendang Ikut Resipi Khairul Aming, Tak Sangka Mak Mentua Puji!

Ikut Resipi Khairul Aming Pertama Kali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja di Malaysia yang tidak mengenali pempengaruh masakan, Khairul Aming? Berkongsi resepi yang mudah diikuti, video masakan yang dihasilkannya sering buatkan kita berasa lapar!


Ramai yang dapat hasilkan masakan enak apabila mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming walaupun ada yang mengadu tak menjadi. Mungkin ‘derhaka’ dengan resipi kot!

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video yang mana seorang lelaki ‘mengadu’ hasil masakannya setelah mengikuti resipi Khairul Aming.

@zackkinrara

#learnontiktok #tiktokguru #khairulaming #rendangayam #raya2023 Biarlah semuanya dah berlaku..Aku redha dengan masakan rendang ayam aku

♬ original sound – ZACK KINRARA ( GERD ) – ZACK KINRARA

Pertama kali masak rendang ayam

Kata pengguna akaun bernama @zackkinrara, dia pertama kali memasak rendang ayam dan cuba mengikuti resipi yang dikongsikan Khairul Aming.

Menurutnya, dia ingin memasak rendang untuk mentuanya yang baru sahaja tiba dari Mekah. Disebabkan tidak pernah memasak rendang, dia mengikut setiap langkah yang diajar oleh Khairul Aming.

Nak dijadikan cerita, dia tidak sempat merasa rendang yang dimasak lalu terus ke rumah mentuanya.

Tanpa disangka, mak mentua lelaki itu memuji masakan rendangnya sehinggakan menambah buat kali kedua.

Merasakan tidak percaya, lalu dia mencuba masakan rendang itu untuk mendapatkan kepastian, memang ternyata rendang tersebut sedap. Dia juga menyatakan syukur kerana ia merupakan kenangan terindah buatnya yang tidak pernah memasak rendang selama 36 tahun dalam hidupnya.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada Khairul Aming kerana tidak lokek berkongsikan ilmu masakan kepada orang ramai.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga memuji kesedapan resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh terbabit.

Screenshot 2023 04 28 164336

Apa resipi Khairul Aming yang paling sedap korang pernah cuba?

Baca: “Dengar sampai habis” – Suami Kongsi Pengalaman Hantar Isteri Bersalin Di Hospital Shah Alam
Hospital Shah Alam

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.