in

Pertama Kali Diadakan Di Luar Jepun, Ini Apa Yang Menarik Tentang Pameran Fullmetal Alchemist

Ft Fullmetal Alchemist

Para peminat anime dan manga terutamanya Fullmetal Alchemist tunjukkan diri anda! 

Bagi yang belum tahu, sebuah pameran Fullmetal Alchemist (FMA) sedang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil yang mana ia merupakan pameran pertama di peringkat antarabangsa yang diadakan di luar dari Jepun!

Kalau nak diikutkan, pameran ini dibuka secara rasmi pada 24 Januari 2024 yang lalu dan akan berlangsung sehingga 24 Mac 2024.

0 32620 Awss3A673D9Ae 9960 4638 Bc30 64Dad6082Aba Ou6J

Pameran yang bakal berlangsung selama dua bulan ini dianjurkan oleh Ace Media Network, AM PM (HK) Limited, AniManGaki dan Incubase Studio ini dan untuk lokasi tepatnya ialah di Aras 2, Zon Jingga (Lot 2.87) di Pavilion Bukit Jalil.

Menariknya tentang FMA ini ialah ia merupakan karya manga Jepun yang sangat popular dan telah terjual lebih daripada 80 juta salinan di seluruh dunia.

Mengisahkan tentang perjalanan dan perkembangan dua adik beradik, Edward Elric dan Alphonse Elric untuk memulihkan semula badan mereka yang hilang gara-gara amalan alkimia badan manusia, suatu bentuk alkimia yang dilarang.

Dalam pameran FMA di Pavilion Bukit Jalil ini, akan dipamerkan lebih 300 mukasurat salinan manuskrip manga serta ilustrasi berwarna yang telah dilukis oleh pengarang cerita tersebut, Hiromu Arakawa dan ianya digarap dalam bentuk pertunjukan seni, memberikan pengalaman seperti melawat sebuah pameran kesenian.

6 5

Selain itu, korang yang ingin ke sini perlu tahu yang pameran ini terbahagi kepada 7 zon yang telah disusun dan menjanjikan struktur pameran yang sangat berharga, membolehkan pengunjung ‘memasuki’ dunia manga yang dilukis oleh Hiromu Arakawa tersebut.

Highlight Pameran

Pameran Dunia Manga Fullmetal Alchemist

Page 1

Seperti yang disebut tadi, pameran ini menampilkan lebih daripada 300 barangan yang mengandungi salinan manuskrip manga, salinan ilustrasi berwarna yang menggambarkan setiap adegan dengan terperinci.

Lebih menarik, pameran ini juga ada memaparkan beberapa koleksi ‘rare’ seperti kostum yang digunakan dalam filem live action Fullmetal Alchemist 2022 dan juga ada karya seni yang unik dan eksklusif untuk pameran luar negara yang pertama ini.

Aktiviti Interaktif

Page 2

Selain pameran naskah manga yang menarik, pengunjung akan diberikan sebuah ‘peta’ yang mengandungi ruang kosong untuk ‘pengembaraan setem’!

Kumpul kesemua cop yang mengandungi watak-watak FMA selepas setiap zon dan korang akan menerima ganjaran berupa pelekat eksklusif Fullmetal Alchemist dan menerima sijil kehormat daripada Angkatan Amestris.

Kawasan Merchandise Rasmi 

Page 3

Tak lengkap lawatan ke pameran Fullmetal Alchemist sekiranya korang tak mendapatkan sebarang merchandise rasmi yang ada dijual di kawasan jualan barangan khas di penghujung pameran dan kesemuanya merupakanan barangan FMA yang asli dari Jepun!

Jadi, tunggu apa lagi! Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi pameran Fullmetal Alchemist yang julung-julung kalinya diadakan di luar daripada Jepun. Dapatkan tiket Fullmetal Alchemist Exhibition di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook dan Instagram rasmi pameran.

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah