in

Persembahan AJL 37 Naim Daniel Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Ft Naim Daniel Mbor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan persembahan epik yang dilakukan sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-37 lepas, penyanyi Naim Daniel menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR). Pengiktirafan itu diberi berikutan dengan persembahan nyanyian lagu berjudul Mainan secara terbalik.


Memetik laporan Harian Metro, Naim dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa persembahan itu dilakukan dengan pengawasan profesional.

Screenshot 2023 03 22 183756

“Sebelum melakukan persembahan terbalik itu, saya dan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan produksi AJL37 serta doktor, untuk berbincang mengenai persembahan yang akan dilakukan.”

Dalam pada itu, Naim turut menitik beratkan teknik pernafasan yang sesuai semasa dalam keadaan tergantung. Namun begitu, Naim menasihati orang ramai agar tidak melakukan aksi ini tanpa pengawasan individu profesional.

Baca : Mas Idayu ‘Kunci’ Mulut, Tak Mahu Komen Persembahan Sissy Imann & Naim Daniel

Ft Mas Idayu Kunci Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.