in

Persatuan Bola Sepak Sepanyol Buat Mesyuarat Tergempar Susulan Insiden ‘Cium’ Di Final Piala Dunia

Ft Bolasepak Wanita Sepanyol

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah menggesa perhimpunan luar biasa pada hari Jumaat dan memulakan penyiasatan dalaman terhadap insiden yang berlaku semasa majlis penyampaian piala selepas pasukan negara berkenaan memenangi Piala Dunia Wanita, lapor agensi berita Jerman.

Menerusi satu kenyataan baru-baru ini, REFF akan mengadakan mesyuarat tergempar susulan insiden yang berlaku pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Piala Dunia Wanita yang dimenangi oleh pasukan Sepanyol itu.

Insiden yang menggemparkan seluruh dunia berkenaan melibatkan presiden persatuan tersebut, Luis Rubiales yang mencium pemain Sepanyol, Jenni Hermoso di bahagian bibir semasa acara penyampaian piala kejohanan yang berlangsung di Sydney tersebut.

Presiden Cium Pemain Sepanyol

Pasukan Sepanyol dinobatkan sebagai pemenang kejohanan Piala Dunia Wanita selepas menewaskan England 1-0.

Insiden berkenaan mencetuskan kemarahan ramai walaupun Rubiales telah memohon maaf tidak lama selepas itu.

Pun begitu, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berpendapat bahawa permohonan maaf sahaja tidak mencukupi. Menurutnya, permohonan maaf tersebut tidak memadai dan tindakan selanjutnya bakal diambil untuk menjelaskan isu yang dilihat oleh orang ramai di media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ??????? ? (@jennihermoso)

Susulan tindakan Rubiales tersebut, ramai meminta dia untuk melepaskan jawatan namun agensi berita Sepanyol percaya perkara tersebut tidak akan berlaku kerana akan ada ramai delegasi yang menyokong presiden persatuan itu.

Walau bagaimanapun, pemain yang dicium oleh presiden itu turut mempertahankan tindakan Rubiales dengan mengatakan mereka mempunyai hubungan yang baik dan perkara yang berlaku adalah spontan ketika meraikan kemenangan tersebut.

Baca : Atlet Somalia Catat Masa ‘Terburuk’ Larian 100m, Rupa-rupanya Terpilih Sebab Guna Kabel?

Ft Atlet Somalia Viral