in

“Perosak imej”- [VIDEO] Peraga Kebaya Seksi Masa KLFW2022, Designer Teruk Dikecam

ft fashion dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun hampir seminggu Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2022) melabuhkan tirai, acara yang menampilkan rekaan fesyen sedia dipakai atau ready to wear (RTW) daripada 40 pereka hebat tempatan itu dilakukan secara fizikal setelah selepas tertangguh tahun lalu akibat COVID-19.

Ia menjadi platform terbaik kepada penggiat fesyen tempatan mengetengahkan seni rekaan masing-masing dan menerusinya juga ramai bakat muda berjaya menembusi fesyen di peringkat antarabangsa.


Sepanjang seminggu ia dijalankan, ia mengundang pelbagai reaksi netizen kerana banyak perkara yang menarik perhatian mereka, ada yang kagum dengan pakaian mereka yang menarik dan unik, ada pula timbul isu antara pereka dan muse, protes, malah tak terlepas dengan kecaman juga.

 

Perosak imej – Netizen

Menerusi perkongsian daripada Instagram EH! Malaysia, salah satu koleksi yang diperagakan pada hari terakhir acara itu telah mengundang kecaman netizen.

Dalam video tersebut, terdapat beberapa sedang menari sebelum peragaan bermula, dilihat mereka mengenakan pakaian seakan kebaya yang disingkatkan serta kain batik yang disentengkan seakan mini skirt.

Malah, selepas acara peragaan tersebut dilihat pereka yang mengenakan kemeja, samping dan bersongkok itu tampil ke pentas peragaan bersama Dato Seri Vida.

https://www.instagram.com/p/Chg82kHMmyS/

Ia ternyata mendatangkan rasa kurang senang terhadap netizen kerana menjengah ke ruangan komen, malah pelakon dan pengacara Thanuja Ananthan labelkan ianya adalah cultural inappropriation.

Screenshot 2022 08 25 124220 Screenshot 2022 08 25 124307 Screenshot 2022 08 25 124331

Mungkin ini cara untuk kembangkan kreativiti kot, mungkin kita boleh tunggu penjelasan daripada pihak pereka sendiri.

Baca : Designer Meluat ‘Datuk A’ Minta Token RM 4,000, Tawar Diri Jadi ‘Muse’ Saat Akhir di KLFW2022

ft neonate datuk a

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.