in

Designer Meluat ‘Datuk A’ Minta Token RM 4,000, Tawar Diri Jadi ‘Muse’ Saat Akhir di KLFW2022

Ft Neonate Datuk A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meluat dengan siap seorang individu yang bergelar Datuk, pelakon dan pengacara Karl Shafek mendedahkan bahawa dirinya tidak akan membiarkan usahawan tersebut untuk meraih populariti pada pertunjukan fesyen jenamanya, Neonate dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).


Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 42 bagaimanapun tidak menafikan bahawa dia ada mengundang Datuk A tersebut pada awalnya sebagai ‘muse’ tapi Datuk tersebut macam nak tak nak saja.

Tawar diri last minute lepastu minta payment RM 4,000

Tambah Karl, dia sudah bersungguh-sungguh selama 3 bulan untuk pastikan pertunjukan fesyen tersebut berjaya.

“Saya tidak akan benarkan pertunjukan fesyen saya dijadikan platform untuk dia berjumpa media. Bila dia tiba-tiba muncul mahu jadi muse pada saat akhir dan minta token, saya rasa sangat mual dan nak muntah.”

Katanya ketika ditemubual mStar, wakil daripada ushawan itu yang menghubunginya untuk maklumkan persetujuan Datuk itu.

Malah, token yang diminta itu bernilai RM 4,000 sebagai timbal balas sebab menggayakan pakaian rekaannya, Neonate di KLFW2022.

Screenshot 2022 08 22 130634

“Jujur saya rasa agak terkilan kerana mengapa baru sekarang nak beri persetujuan, kenapa tidak dari awal?”

Karl menjelaskan ketika dia menghubungi Datuk tersebut pada 2 bulan lalu, Datuk tersebut begitu bersemangat pada mulanya sebelum mendiamkan diri.

Luahannya ini dibuat kerana sepanjang 6 tahun terlibat dalam dunia fesyen, tiada seorang individu pun meminta bayaran apabila ditawarkan jadi Muse.

Sebaliknya, pihak mereka akan menyediakan pakaian selama setahun untuk setiap muse sekiranya mereka ingin menghadiri sebarang acara.

Screenshot 2022 08 22 131344

“Pakaian itu juga diberikan kepada mereka tanpa perlu dipulangkan semula kepada pihak kami. Setiap satu rekaan dianggarkan bernilai RM3,000”

Untuk Neonate Neostalgia KLFW2022, Karl telah memilih 10 orang selebriti dan pempengaruh, antaranya Datuk Aznil Nawawi, Noki K-Clique dan kumpulan Dolla. Hurm, muse yang bukan kaleng-kaleng pun tak minta payment tau.

Baca : Alicia Amin Buat Protes di KLFW, Tuntut Hak Model Yang Tak Dibayar Sejak 3 Tahun Lalu?

Rjmk

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.