in

Perniagaan Salun Uniseks Diharamkan Beroperasi Di Terengganu

Salun Uniseks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salun uniseks bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, banyak peniaga yang memilih untuk menceburi perniagaan tersebut bagi memudahkan pengguna.


Pun begitu, kerajaan negeri Terengganu hari ini melarang salun rambut uniseks daripada beroperasi di negeri itu malah, pengusaha salun yang melanggar syarat lesen tersebut boleh didenda antara RM500 dan RM1,000.

Dalam laporan MalaysiaKini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alias Razak memberitahu peraturan bagi pengasingan jantina itu bukanlah peraturan baru yang digubal kerajaan negeri sebaliknya merupakan syarat lesen sedia ada.

Pexels Cottonbro Studio 3993308
Gambar hiasan

“Salun rambut atau kedai gunting rambut, sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki dan wanita pada masa yang sama.” katanya.

Pengusaha salun yang gagal mematuhi syarat tersebut berhadapan dengan denda atau lesen mereka akan dibatalkan.

“Tiada pengecualian untuk salun rambut atau kedai gunting rambut yang diusahakan oleh bukan Islam. Jika kita benarkan tukang gunting rambut wanita bukan Islam memotong rambut untuk pelanggan lelaki, lelaki Islam boleh mengunjungi kedai itu.” katanya.

Selain itu, ADUN Terengganu, Zuraida Md Noor menggesa pelesenan kedai gunting rambut dilaksanakan untuk memastikan kedai gunting rambut dan spa di negeri itu mematuhi syarak dengan mengasingkan jantina.

Baca: Sihir, Bomoh, Pengkid & Lahir Anak Luar Nikah Diwartakan Jenayah Syariah Baharu di Terengganu

Bomoh Pengkid Salah Syariah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.