Sebelum ini, terdapat desas-desus mengenai status perkahwinan pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid yang didakwa sudah tidak lagi bersama isterinya, Rosmawati Hanafi.
Terbaru, pelakon drama Gunting The Series itu mengesahkan dia dan isterinya sudah berpisah selepas hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Artikel berkaitan: “Memang dah tiada harapan” – Datuk Red Akur Kalau Terpaksa Cerai Isteri Pertama
Artikel berkaitan: Wanita Bercerai Lepas 7 Tahun Kahwin, Suami Baik & ‘Cukup Pakej’ Tapi...
Dalam temu rama bersama Hlive, Hisyam bagaimanapun tidak menyimpan dendam atau bercakap buruk mengenai bekas isterinya itu dan menyifatkan langkah yang diambil ini merupakan satu jalan yang terbaik buatnya.
View this post on Instagram
“Tak ada yang salah atau negatif untuk kami teruskan demi anak-anak. Apa yang berlaku sudah berlaku. Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Tapi, untuk lebih dari itu saya tak pasti, masa yang akan menentukan.
Pada akhirnya dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, tidak semuanya buruk dan negatif. Banyak benda positif yang kami lalui.
Dia melahirkan dua anak saya, itu adalah satu pengorbanan besar. Detik-detik itu saya hargai dan hormat dia,” katanya.
Hisyam juga berkata kedua-dua mereka akan kekal berkawan demi anak-anak yang kini di bawah jagaan pelakon tersebut.
Sebagai info, Hisyam dan Rosmawati Hanafi berkahwin pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah dan Haydeen.
Sumber: HLive