in

“Ustaz dah bagi hukum pun tak baca” – Pergi Makkah Balik Hari, Ryzal Ibrahim Sifatkan Netizen ‘Jahil’

Pergi Makkah Balik Hari Ryzal Ibrahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video pergi ke Makkah balik hari tetapi tidak sempat melakukan ibadah umrah.


Dalam perkongsian video tersebut, Ryzal menyatakan tujuan dia ke sana untuk membeli minyak wangi yang hanya boleh didapati di tanah suci itu.

Dia sempat meluahkan rasa kecewa disebabkan tidak dapat menunaikan umrah dek kerana hanya ada beberapa jam sahaja untuk singgah di Makkah pada ketika itu.

Artikel berkaitan: “Sia-sia solat subuh kalau…” – Ryzal & Maryam Duriankimchi Tolak ‘Job’ Jenama Diboikot

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Ramai yang jahil pengetahuan agama”

Walaupun ramai yang mendakwa rasa ‘cemburu’ melihat suami kepada pempengaruh Korea Selatan, Maryam Younare ini kerana mampu pergi ke Makkah dan balik pada hari yang sama, ada juga yang mempersoalkan isu dirinya tidak menunaikan ibadah umrah dan tawaf wada’.

Lantaran itu, Ryzal menerusi Instagram Story meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen sehingga menghukum dirinya salah kerana tidak berbuat demikian.

Dia menyifatkan netizen yang mengecamnya itu sebagai ‘jahil’ disebabkan terlalu malas untuk membaca ilmu agama.

“Ramai juga yang jahil pengetahuan agama dalam ruangan komen saya ke Makkah rupanya. Ustaz dah siap bagi hukum masuk Makkah pun dia tak baca. Dia pula buat hukum sendiri.

“Maafkan saya kasar sikit tapi komen korang terlalu jahil sampai nak baca ilmu pun malas.

“Dengan gaya pemikiran masyarakat kita macam ni, macam mana nak lawan musuh Islam? Dia gelak je tengok orang Islam bergaduh sesama sendiri,” bidas Ryzal.

Screenshot 2024 05 23 134702

Dalam video tular itu, Ryzal ada meninggalkan komen penjelasan daripada seorang ustaz mengenai isu tersebut.

Screenshot 2024 05 23 153150

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.