in

“Rilek je tak tukar” – Zul Ariffin Dipuji Cakap BM Ketika Promosi Filem Di Indonesia

Zul Ariffin Berucap Dalam Bm Di Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti sudah mula ditayangkan di pawagam negara jiran, Indonesia.


Baru-baru ini, tayangan Sheriff ketika di malam Galam filem itu yang berlangsung di Jakarta telah mendapat sambutan hangat daripada penonton di sana.

Situasi itu dapat dilihat menerusi perkongsian anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam di akaun Instagram miliknya.

Artikel berkaitan: “Poster dalam Mandarin!” – Syafiq Yusof Umum Filem ‘Sheriff’ Bakal Tayang Di Hong Kong

Artikel berkaitan: “Jodoh di tangan Tuhan” – Gayatri Jawab Isu Hubungan Dengan Zul Ariffin

Rakaman video pendek yang dikongsi Syafiq itu jelas menunjukkan gelagat penonton yang berasa teruja dengan filem berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

Sementara itu, menerusi video di TikTok, ucapan pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin kepada peminat Indonesia telah meraih perhatian netizen di sini.

Ini disebabkan Zul atau nama penuhnya, Zulkifli Ariffin, 38, berucap secara penuh dalam bahasa Melayu tanpa terikut-ikut slang bahasa Indonesia.

“Assalamualaikum semua, saya Zul Ariffin. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff.

“Alhamdulilah, semoga apa yang dipertontonkan tadi dapat perhatian anda semua. Insya-Allah,” ucap Zul.

@zafcgangza

Team #sheriff kini berada di Indonesia(Jakarta)!! let’s gooo watch film #sheriff berdekatan dengan anda semua!!! #zulariffin #sheriff #Narkolntegriti @Zul Ariffin

♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bangga dengan pelakon itu yang mengutamakan bahasa ibunda tanpa campuran slang negara jiran.

Screenshot 2024 05 24 171922 Screenshot 2024 05 24 171932 Screenshot 2024 05 24 172002

Selain tayangan di Indonesia, filem Sheriff juga bakal menembusi pawagam di Hong Kong bermula 6 Jun ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.