“Pernah kena ugut potong tangan” – Cik B Kongsi Kisah Silam Dekat Twitter Buat Ramai Rasa Simpati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni, kalau sebut je nama usahawan terkenal Dato Seri Vida mesti ramai yang tahu DSV tu ada dua orang anak Cik B dan Kacak yang sering dibawa ke mana sahaja sehingga dikenali oleh  netizen.

Baru-baru ni, salah seorang anak DSV yang lebih mesra di sapa sebagai Cik B telah membuat perkongsian di laman Twitter mengenai kisah hidup dia semasa kecil.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14, telah menceritakan kisah hidup dia semasa kecil dan secara tidak langsung membuatkan netizen sebak.

Cikb ingat lagi yang cikb kena pukul pakai buluh dgn bibik”

Cik B menceritakan bahawa semasa kecil dia pernah di pukul dan di dera oleh pembantu rumahnya. Dia pernah di pukul dengan menggunakan buluh.

Namun begitu, dia tidak mengadu akan perbuatan pembantu rumah tersebut kepada ibunya kerana bimbang pembantu tersebut akan kena marah.

Sumber: Twitter

Namun kelakuan pembantu rumah tersebut kantoi apabila DSV melihat rakaman cctv di mana dia sedang memukul Cik B. Terkejut dengan perbuatannya itu, DSV lantas memecat pembantu rumah tersebut.

“Ayah cikb pulak selalu ugut mama nak potong tangan abg cikb Kalau tak kasi duit”

Lebih memilukan apabila Cik B ada menceritakan tentang sisi gelap ayahnya sendiri. Dia mengatakan bahawa ayahnya sering memukul DSV dan meminta wang. Jika tidak di beri, Cik B pula yang di ugut untuk di potong tangannya.

Tambahnya lagi, ayahnya itu pernah mengugut untuk membakar rumah mereka jika tidak di berikan duit.

Sumber: Twitter

Rata-rata netizen terharu apabila membaca thread yang ditulis oleh Cik B ini.

“Semoga kenangan pahit dahulu menjadi manis kini”

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

Sebelum ini tragedi hitam telah menimpa DSV apabila dua orang puteranya meninggal dunia disebabkan rumah terbakar. Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi. Kejadian berlaku sekitar 7 tahun yang lalu.

Sumber: Twitter

Kalau kita tengok diaorang ni dekat media sosial happy je kan? Tapi sapa tahu bila rupa-rupanya ada juga kisah hitam yang ditempuh pada sebelum ni. InshaAllah min percaya Cik B nanti bila dah besar akan sekuat DSV. 

 

Baca: “Air kolam macam air longkang” – DSV Sound Aliff Syukri Sebab ‘Meroyan’ Pasal Kolam Ikan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?