“Air kolam macam air longkang” – DSV Sound Aliff Syukri Sebab ‘Meroyan’ Pasal Kolam Ikan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Biasanya pengasas-pengasas produk ni kan ‘comolot’ walaupun bersaing, tapi disebabkan isu kolam ikan, Dato’ Aliff Syukri dan Dato’ Seri Vida(DSV) boleh pula berbalah.

Masing-masing ‘tak nak kalah’ nak tunjuk kemewahan sendiri. Tepuk dahi!

 

Sedih tak sanggup nak makan” – Aliff Syukri

Ceritanya begini, beberapa hari lepas Aliff Syukri ada muat naik satu video yang dia sedih sebab semua ikan kelah yang dia bela dalam kolam tu mati.

Manakan tidak, harganya bernilai RM 300K, sebab itu lah dia menangis sebab dah kerugian ratusan ribu ringgit.

Kesian juga tau tengok dia menangis sebab hilang duit, korang tengok video kat bawah ni, admin pula kesian tengok ikan tu mati.

View this post on Instagram

. . hari abg sedih sgt ikan kelah abg bernilai lebih rm300k mati dia hharkan lebih 500 ekor mati😰😰😰 full vedio ada di youtube abg tv terlajak laris.. abg baru posting ..abg x sanggup posting di ig dan fb abg teramat sedih.. . Kepada korang yang ingin menonton .. kehidupan Abang satu family.. jangan lupa saya subcride YouTube ang tvTelajak laris abang selalu upload video yang terbaru dan lebih panjang dan menyeronokkan dan kepada anda yang saya skrap YouTube tv Telajak laris anda bakal mendapat hadiah berupa iPhone dah Subcride ke belum?? . . . #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #OOTD #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #streetstyleguys #stylish #inspofashion #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #casualoutfit #streetfashion #summer #trendy #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #stylish #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #stretfashion #summer #trendy #ggrmachine #teamaraipaima #asproject

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Disebabkan itu, DSV pun tegur lah Aliff Syukri pasal isu ikan tu, DSV juga ada berikan tips-tips dan panduan kalau nak bela ikan disamping menayang keadaan kolam ikan dirumahnya yang besar tu.

Dalam video DSV dalam Instagram tu, dia jelaskan yang Aliff Syukri ni jahil sebab tak jaga sesitiviti untuk pelihara ikan walaupun duit banyak.

 

Duit banyak.. Main campak je ikan tu.. Yang jaga pula JAHIL PASAL SENSITIVITI
PENJAGAAAN IKAN..” – DSV

Teguran ini telah membuatkan Aliff Syukri jadi bengang dan terus balas balik kenyataan DSV. Aliff Syukri tepis teguran itu.

Dia menjelaskan yang ikan dia mati bukan sebab jahil dalam penjagaan ikan, tetapi ikan-ikan dia yang bernilai ratusan ribu ringgit tu mati sebab bekalan elektrik untuk oksigen terputus akibat hujan ribut di kawasan perumahannya.

Selain tu, dia juga menangis ikan-ikan dalam kolam ni yang ‘tulen’ dan benilai jutaan ringgit.

 

Tak payah nak ajar kita jaga ikan kalau nak ajar jumpa jee”  – Aliff Syukri

Pergelutan tak habis disitu, DSV pun ‘tak nak kalah’ menayang kemewahan dia. Selain itu, dia balas balik kecaman Aliff Syukri dengan memperlekehkan segala bukti yang dia tunjuk tu. Korang tengok la apa yang dia cakap ni.

 

Air terjun macam budak kencing..Air kolam macam air longkang” – DSV

Hurm, diaorang ni bergaduh pasal jaga ikan ke, harga ikan siapa mahal ke, kolam ikan siapa paling nampak mewah ke tak tahu lah. Apa pun, tak payahlah nak mengeruhkan keadaan, harap dapat lah mereka bersemuka dan bincang hal ini dengan cara yang baik.

 

Baca : “Sumpah dia matured” – Ramai Netizen Puji Cik B Matang Dalam Beri Nasihat, Lebih Bijak Daripada Dato Seri Vida

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.