Sekarang ni, kalau sebut je nama usahawan terkenal Dato Seri Vida mesti ramai yang tahu DSV tu ada dua orang anak Cik B dan Kacak yang sering dibawa ke mana sahaja sehingga dikenali oleh netizen.
Baru-baru ni, salah seorang anak DSV yang lebih mesra di sapa sebagai Cik B telah membuat perkongsian di laman Twitter mengenai kisah hidup dia semasa kecil.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14, telah menceritakan kisah hidup dia semasa kecil dan secara tidak langsung membuatkan netizen sebak.
Siapa nak tahu kisah cikb masa kecik
Ini adalah thread😂— cikb havoc (@HavocCikb) December 1, 2019
Cikb ingat lagi yang cikb kena pukul pakai buluh dgn bibik”
Cik B menceritakan bahawa semasa kecil dia pernah di pukul dan di dera oleh pembantu rumahnya. Dia pernah di pukul dengan menggunakan buluh.
Namun begitu, dia tidak mengadu akan perbuatan pembantu rumah tersebut kepada ibunya kerana bimbang pembantu tersebut akan kena marah.
Namun kelakuan pembantu rumah tersebut kantoi apabila DSV melihat rakaman cctv di mana dia sedang memukul Cik B. Terkejut dengan perbuatannya itu, DSV lantas memecat pembantu rumah tersebut.
“Ayah cikb pulak selalu ugut mama nak potong tangan abg cikb Kalau tak kasi duit”
Lebih memilukan apabila Cik B ada menceritakan tentang sisi gelap ayahnya sendiri. Dia mengatakan bahawa ayahnya sering memukul DSV dan meminta wang. Jika tidak di beri, Cik B pula yang di ugut untuk di potong tangannya.
Tambahnya lagi, ayahnya itu pernah mengugut untuk membakar rumah mereka jika tidak di berikan duit.
Rata-rata netizen terharu apabila membaca thread yang ditulis oleh Cik B ini.
“Semoga kenangan pahit dahulu menjadi manis kini”
Sebelum ini tragedi hitam telah menimpa DSV apabila dua orang puteranya meninggal dunia disebabkan rumah terbakar. Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi. Kejadian berlaku sekitar 7 tahun yang lalu.
Kalau kita tengok diaorang ni dekat media sosial happy je kan? Tapi sapa tahu bila rupa-rupanya ada juga kisah hitam yang ditempuh pada sebelum ni. InshaAllah min percaya Cik B nanti bila dah besar akan sekuat DSV.
Baca: “Air kolam macam air longkang” – DSV Sound Aliff Syukri Sebab ‘Meroyan’ Pasal Kolam Ikan