in

“Pernah kena cucuh puntung rokok” – Wanita Kongsikan Detik Hitam Ketika Jadi Mangsa Keganasan Domestik

Ft Wanita Kongsi Detik Didera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusof telah memberikan beberapa tips kepada pasangan suami isteri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga menerusi Facebook miliknya.

Tips yang diberikan itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen kerana beliau ada memberitahu bahawa wanita perlu berlembut dengan suami mereka, manakala suami boleh menggunakan sentuhan fizikal yang “lembut” kepada isteri sekiranya tidak mendengar nasihat. Boleh dengar penjelasan penuh dekat video di bawah dulu.


 

Sentuhan fizikal yang lembut, yang mendidik dengan penuh kasih sayang, yang tidak menyakitkan tetapi menunjukkan ketegasan kita betapa kita nak dia ubah perangai dia.”

Bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi dan ada yang kurang bersetuju dengan pandapat ini.

Lapor Malaysiakini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa ia bertentangan dengan realiti dan keperluan semasa.

“Pandemik ini menyaksikan peningkatan dalam kes penderaan rumah tangga dengan jumlah 9,015 kes dilaporkan – kebanyakannya (keganasan) terhadap wanita.”

Dalam pada itu, ada segelintir netizen bersetuju dengan pendapat yang di berikan oleh Siti Zailah, katanya, ada tips yang diberikan oleh beliau dipetik daripada ayat al-quran.

Screenshot 2022 02 14 122609 Screenshot 2022 02 14 122638

 

Pernah jadi mangsa dera sampai 10 tahun

Keratan video yang dikongsikan menerusi Facebook ini telah viral di Twitter dan ia telah membuatkan seorang wanita ini terpanggil untuk menceritakan detik-detik hitam yang dia dah lalui bersama bekas pasangannya.

“I disagree because I was abused (kena pukul, one time pernah sampai patah tangan) for 10 years by my ex. On and off, but at times, I really thought I’m going to die. Takde maknanya orang baran reti nak kawal diri.”

Katanya lagi, dia tidak mempercayai dengan pegangan ‘pukul-pukul manja’ kerana dirinya pernah dicucuh dengan puntung rokok berkali-kali.

Bagaimanapun, dia enggan menceritakan segala keperitan yang dia pernah lalui kerana tidak mahu mengenangkannya lagi.

Baginya lagi, daripada pukul-pukul manja boleh menjadi tidak berapa manja dan mungkin boleh meleret lagi.

Thread daripada wanita ini telah meraih lebih daripada 1,800 jumlah retweets sejak ia dikongsikan semalam dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya sehingga ada yang marah dengan sikap segelintir lelaki yang mengasari pasangannya.

 

Baca : “Rindu ibu rupanya” – [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Interaksi Bayi Dengan Ibu Separa Koma Mangsa Dera Suami

Bayi Ibu Koma Dipukul Suami

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.