Baru-baru ini, seorang lelaki dari Singapura, Dwayne Low menjadi saksi lelaki pertengahan usia mencabul penumpang wanita di dalam tren MRT.
Menurut laporan, lelaki itu dikatakan sedang ‘tidur’ namun pada masa yang sama tangannya ‘melilau’ ke arah wanita yang duduk bersebelahan dengannya.
Low yang ternampak perbuatan itu berlaku selama beberapa minit kemudian terus bangun dan menegur lelaki berkenaan dan menyuruhnya menjauhkan diri daripada wanita tersebut.
https://www.facebook.com/617258524/posts/10158272439088525/?d=n
Bukan pertama kali
Menurut Mothership, selepas perkongsian Low menjadi viral, seorang wanita tampil dan menunjukkan sebuah video yang dirakamnya sebagai bukti.
Melalui video itu, lelaki yang sama didakwa melakukan perbuatan yang sama dan menggunakan taktik yang sama iaitu pura-pura tidur sambil tangannya ‘merayap’ menyentuh bahagian badan penumpang wanita di sebelahnya.
Kata wanita yang merakamkan video itu pada 3 November lepas, pada mulanya dia kurang pasti apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut lakukan.
“Ketika itu, saya tengok pakcik ini macam pelik. Dia guna earphones dan pejamkan matanya untuk tidur, tapi (pada masa yang sama) tangannya asyik bergerak. Dia guna siku untuk sentuh bahagian dada penumpang wanita di sebelahnya.”

Tiada sesiapa tampil untuk suruh dia berhenti. Dia pejam mata macam tengah berehat, bukannya dia tidur lena.”
Difahamkan, penumpang wanita tersebut kemudian bangun dan memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita berusia 50 tahun dan ketika itulah perbuatan lelaki itu terhenti.
Orang yang sama?
Melalui kedua-dua video tersebut, lelaki pertengahan usia itu boleh dilihat menggunakan beg yang sama iaitu beg berwarna hitam dan memakai kasut yang sama. Menurut AsiaOne, Low turut memberi respon apabila dihubungi dan mengesahkan kedua-dua lelaki tersebut adalah orang yang sama.
Baca: Penumpang Lelaki Buat-buat Tidur, Sambil Tangan Merayap Nak ‘Raba’ Perempuan Dalam MRT

