in

Penumpang Lelaki Buat-buat Tidur, Sambil Tangan Merayap Nak ‘Raba’ Perempuan Dalam MRT

Mrt2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika lelaki dari Singapura, Dwayne Low sedang dalam perjalanan ke satu destinasi dengan menaiki MRT, dia perasan ada seorang lelaki ini cuba nak ambil kesempatan terhadap seorang penumpang wanita.


Lelaki itu ‘tidur’ sambil tangannya ‘merayap’ terkena tempat duduk seorang perempuan ini. Memandangkan dia dapat menyaksikan kejadian itu depan mata, Dwayne merakam gambar insiden tersebut dan kongsikannya  di IG Story dan Facebook pada 16 November lepas. Lapor Mothership.

Jika diperhatikan dalam gambar tersebut. Dapat dilihat tangan itu terletak seperti sengaja dilakukan. Malah, dapat dilihat, wanita itu sudah mula rasa tak selesa, tapi dia diam je.

125215083 10158934001663330 5989527213815007144 N

Pada mulanya, Low hanya biarkan lelaki itu sahaja kerana mungkin dia sedang tidur dan tak perasan. Bagaimanapun beberapa minit kemudian, Low perhatikan lelaki itu tersedar dan bergerak makin dekat dengan wanita tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Low terus bagus dan tegur lelaki itu sebelum menyuruh si pelaku itu jauhkan diri daripada wanita tersebut.

Kata Low, lelaki itu terus jauhkan diri dan tidak membuat sebarang kontak fizikal kepada mangsa walaupun tiada sebarang permohonan maaf dibuat oleh pelaku. Dia kemudiannya sambung tidur.

Dalam posting tersebut, Low menggesa orang ramai supaya lantang untuk menegur jika ia berlaku di depan mata. Malah, dia juga menggalakkan kaum wanita untuk beranikan diri bagi mempertahankan diri mereka.

Ia juga dikongsikan oleh adiknya dan meraih 14K jumlah shares tak sampai 24 jam ia dimuat naik pada hari yang sama.

 

Baca : Seram Tapi Comel, Kelibat Valak Pakai Topeng Muka Dikesan Dalam MRT

Valak

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.