in

“Tinggi adabnya…” – Ammar Ahyan Hadir Konvensyen UMNO Raih Perhatian Netizen

Ammar Ahyan Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menjadi tumpuan apabila dilihat hadir ke Konvensyen Ulang Tahun UMNO yang ke 80.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Ammar Ahyan atau mesra dengan panggilan Amayan berbaju merah bersama para peserta parti politik itu.


Dalam video yang dikongsikan oleh Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, Ammar sempat bertemu dan berbual dengan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Lebih menarik perhatian, cara Ammar bersalaman dengan merendahkan sedikit kakinya dipuji netizen yang kagum dengan adab sopan yang dipamerkan anak usahawan itu.

Artikel berkaitan: “Pergh berbaloilah selalu kena marah” – Netizen Teruja Amayan Dapat Porsche, Sampai Terlompat-lompat Gembira!

Artikel berkaitan: “Plz mana-mana menteri?” – Aliff Syukri Luah Diseru Netizen Untuk Jadi Ahli Politik, Ini Respon Dr. Asyraf Wajdi

@alongnurulamal

TQ @Ammar Ahyan hadir ke Konvensyen 80 Tahun UMNO. Next Video Amayan singgah Pejabat Puteri UMNO Malaysia 😁

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Menerusi perbualannya dengan Khairy Jamaluddin, Ammar mengatakan dia kini sedang mengambil program asasi di salah sebuah universiti di sini sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Australia.

Screenshot 2026 05 04 153937 Screenshot 2026 05 04 153956

Difahamkan, Ammar hadir ke konvensyen berkenaan kerana mahu menilai sendiri pemimpin parti itu atas konteks pengundi kali pertama dan bakal ahli.

Terdahulu, ibunya, Datin Seri Shahida, pernah memaklumkan bahawa anak sulungnya itu menunjukkan minat terhadap dunia politik dan pernah menyuarakan hasrat untuk terlibat dalam bidang berkenaan.

Sumber: TikTok, FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.