Kehidupan sebagai seorang anak seni sering kali dikaitkan dengan jadual kerja yang padat, penggambaran yang meleret hingga ke subuh, serta tuntutan penampilan yang memerlukan solekan tebal.
Namun, baru-baru ini timbul satu persoalan daripada seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan bagaimana golongan selebriti menguruskan ibadah solat lima waktu di sebalik kesibukan tersebut.
Menerusi satu hantaran yang tular, seorang individu meluahkan rasa musykilnya terhadap rutin harian artis, terutamanya ketika terlibat dalam acara besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Artikel berkaitan: Dituduh Jadi Punca Pasangan Artis Bercerai, Pihak Pengurusan Alya Iman Tampil Beri Respon
Artikel berkaitan: Pakar Ortopedik Tempatan Berjaya Cipta Kaki Palsu Mesra Solat Pertama Di Dunia

“Cuba bayangkan penyanyi masuk AJL show jam 9, daripada petang dah make up… maghrib?? Lepas habis show ada press lagi… Isyak?? Tidur lewat… Subuh??? Takkan solat Zohor dan Asar saja,” soal individu tersebut.
Persoalan ini ternyata menarik perhatian ramai pihak, termasuk rakan-rakan artis yang tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan fitnah terus berlarutan.
Artis Tampil Beri Penjelasan
Beberapa selebriti dilihat tidak berdiam diri dan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di sebalik tabir dunia hiburan. Azza Elite dengan ringkas menjawab seperti berikut;

Turut berkongsi, ahli kumpulan Floor 88 memaparkan mereka solat berjemaah ketika sedang di lokasi persembahan.
Beberapa artis lain seperti Sissy Iman, Aznil Hj Nawawi serta Nad Zainal turut berkongsi pengalaman serta pandangan mereka berkenaan kenyataan individu tersebut.



Tindakan beberapa selebriti ini mendapat pujian netizen yang menyifatkan teguran secara terbuka itu sebagai ruang untuk saling mengingati antara satu sama lain dalam menjaga tiang agama, tanpa mengira apa jua kerjaya yang diceburi.
Sumber: Threads
