in

“Permulaan alam sinematik baharu” – Video Pendek Sofyank Buka Tirai Astro Shaw Cinematic Universe

667F4356 29Fd 4196 9445 Eb5Fe45Fafbe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pereka kandungan digital, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank sememangnya terkenal dengan penghasilan karya video kesan khas visual (VFX) yang kreatif dan luar biasa khususnya menerusi platform media sosial.

Terbaharu, Sofyank berkongsi hasil karya terkininya menerusi sebuah video pendek first look berjudul Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning, yang menandakan permulaan kepada pembinaan sebuah alam sinematik baharu di bawah terbitan Astro Shaw.


Menerusi hantaran yang dimuat naik hari ini, Sofyank menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan kepadanya bersama dua rakan kolaborator, Mshaffuan dan Nicholas Chin, untuk menjayakan projek berkenaan.

Menurutnya, video pendek tersebut bukan sekadar pengenalan awal kepada cinematic universe baharu Astro Shaw, malah menjadi titik permulaan penting dalam perjalanan kreatif mereka sebagai pencipta kandungan.

“Video pendek ini adalah sebuah permulaan untuk universe yang baharu dalam dunia Astro Shaw, dan saya berharap karya ini juga menjadi titik permulaan yang baharu untuk kami,” katanya.

Sofyank
Antara gambar yang dikongsikan sofyank di laman facebooknya, baru-baru ini

Artikel berkaitan: “Sekiranya diberikan peluang dan ruang” – Sofyank Respon Isu Tidak Buat Video Promosi Malaysia

Artikel berkaitan: “Tak sabar nak tengok!” – Netizen ‘Excited’ Tunggu Video Sofyank Dengan Bintang Filem Ant-Man

Dalam hantaran sama, Sofyank turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan video pendek First Look Astro Shaw Cinematic Universe, termasuk barisan pelakon utamanya.

Antara pelakon yang terlibat ialah Zizan Razak, Syafiq Kyle dan Amir Ahnaf, yang menurut Sofyank berjaya meninggalkan kesan menerusi lakonan masing-masing walaupun dalam tempoh masa yang singkat.

Sebagai penutup, Sofyank menyatakan penghargaan kepada Astro Shaw kerana sudi memberi peluang dan kepercayaan kepada pencipta kandungan tempatan untuk memegang tanggungjawab besar dalam menghasilkan first look bagi Astro Shaw Cinematic Universe.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan dan berharap kerjasama tersebut dapat diteruskan dalam projek-projek akan datang.

Sumber: Facebook Sofyank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.