in

“Tak sabar nak tengok!” – Netizen ‘Excited’ Tunggu Video Sofyank Dengan Bintang Filem Ant-Man

Sofyank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Sofyank tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia yang sering melayari media sosial. Sering tampil dengan video kesan khas dan magik, skill menyunting video yang dilakukan Sofyank telah beberapa kali mendapt perhatian di peringkat antarabangsa.


Terkini, Sofyank telah bertemu barisan bintang Ant-Man untuk melakukan proses rakaman video terbaharunya yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

Dalam video yang dimuatnaik sendiri oleh Sofyank di Twitter, kelihatan beliau saling berpelukan dengan bintang utama filem adi wira itu, Paul Rudd. Korang boleh tengok video @sofyank96 kat bawah ni.

Netizen tumpang bangga

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuatnaik Sofyank itu telah mendapat lebih satu juta tontonan, lebih lima ribu ulang ciap dan lebih 18 ribu sukaan.

Pastinya netizen yang turut tumpang bangga dengan pencapaian Sofyank tidak sabar untuk menunggu dan menonton sendiri video yang bakal diterbitkannya.

Screenshot 2023 02 05 At 11.54.35 AmRupanya Soyfank dijemput oleh Disney. Maknanya bukan calang-calang lah bakat yang anak tempatan kita ada, sampai Disney pun jemput kan. 

Screenshot 2023 02 05 At 11.55.39 AmKalau dapat cameo pun kira baik sangat tu. Setakat dijemput untuk shoot content pun min rasa dah cukup hebat, ini dapat pulak masuk filem Marvel.

Screenshot 2023 02 05 At 11.56.05 AmBetul, nampak Paul Rudd pun selesa dengan Sofyank. Bukan semua orang dapat jumpa dengan bintang Hollywood, ini kena peluk pula. Untung betul Sofyank ni.

Screenshot 2023 02 05 At 11.56.39 AmYang ini min sangat setuju. Content yang Sofyank selalu publish pun sangat kreatif dan luar biasa. Min selalu tunggu content dari Sofyank, tak kira lah apa sekali pun. 

Screenshot 2023 02 05 At 11.56.49 AmTahniah Sofyank, anda telah buat semua rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian luar biasa anda. Terus semangat untuk buat content yang lebih menarik. 

Baca: Barisan Pelakon Ant-Man Kongsi Keterujaan Main Permainan Viral Lato-lato

Lato-Lato

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.