Kalau tak pakai face mask ketika berada di tempat awam di Malaysia, bersedialah untuk keluarkan duit untuk bayar kompaun. Jadi, scan MySejahtera dan pakai pelitup muka ni memang benda yang wajib dibuat untuk mengurangkan penularan Covid-19.
Nasib baik kita dibenarkan untuk buka mask ketika makan di restoran. Namun, risiko untuk dijangkiti Covid-19 tu tetap ada. Jadi, saintis dari Mexico ni telah mencipta sebuah inovasi baru iaitu penutup hidung yang dipakai ketika makan. Menurut Metro UK, penutup hidung atau eating mask itu boleh mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 ketika makan.
Penutup ini mempunyai dua tali seperti pelitup muka yang lain namun ia hanya menutupi hidung. Namun, walaupun dah pakai penutup hidung ni, korang still kena pakai face mask jugak tau.
Sebelum ini, Reuters telah berkongsikan sebuah video seorang lelaki dan seorang wanita yang menggunakan eating mask ketika sedang makan di Mexico.
Dapat dilihat dalam video tu yang mereka menanggalkan face mask dan mendedahkan penutup hidup yang berada di sebalik pelitup muka terbabit. Kedua-dua mereka kemudiannya makan dan minum seperti biasa dengan tenang.
Namun, ada juga netizen yang meragui keberkesanannya sebab mulut kita masih terdedah.
Untuk makluman semua, kebanyakan negara memang membenarkan rakyat mereka untuk membuka pelitup muka jika mahu makan. Kiranya, tak ada masalah pun kalau tak pakai mask ketika waktu-waktu tertentu yang dibenarkan.
Min cuma ada satu soalan untuk semua. Kalau korang diberi pilihan, korang nak ke guna penutup hidung ni ketika makan kat luar?
Sumber: Metro UK, Yahoo! News, Reuters