in

‘Perjanjian’ Nelayan Johor Dengan Buaya Berabad Lama Akhirnya Dimungkiri, Penduduk Kini Berdepan Ancaman

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian membabitkan manusia dibaham buaya amat jarang kita dengar, jikalau pun ada ia hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu yang sememangnya menjadi habitat haiwan reptilia itu.


Dan mangsa kebiasaannya tidak akan selamat sekiranya ‘berdepan’ dengan haiwan ganas tersebut.

Namun bagaimana jika wujudnya perjanjian antara manusia dengan buaya? Korang pernah dengar tak?

Percaya atau tidak itu terpulang kepada pembaca namun apa yang berlaku di Tangkak, Johor ini setidak-tidaknya membuka sedikit ruang kepada korang untuk melihat kisah ini melalui perspektif berbeza.

 

Kira-kira 100 ekor buaya , ada yang berukuran 20 meter tapi tak pernah ganggu penduduk sebab…

Big 4161180092328442C8E4D832Ed7E0B1C01685292
Gambar hiasan

Memetik mStar dikhabarkan penduduk di sekitar Kesang Laut, Tangkak tidak pernah dibaham atau diancam haiwan reptilia tersebut meskipun nelayan kerapkali bertentang mata dengan spesis itu sekiranya turun menangkap ikan.

Dan situasi itu sudah berlaku sejak sekian lama.

Malah difahamkan terdapat kira-kira 100 ekor buaya di Kesang Laut dengan sebahagiannya dianggarkan berukuran sehingga 20 meter panjang..besar giler!

“Kewujudan sang rangkak itu tidak pernah menggusarkan nelayan setiap kali ke laut ekoran kelibat haiwan itu tidak pernah mengganggu penduduk.”

“Sejak kecil lagi, kami memang mengetahui kewujudan buaya di sungai ini. Jadi apabila dewasa dan menjadi nelayan, ia seolah-olah menjadi sebati dalam kehidupan kami.

“Malah, kami tidak pernah mendengar ada penduduk dibaham buaya. Buaya ini dah macam rakan kami. Berpuluh tahun kami bekerja, kelibatnya mesti muncul, namun dia tidak memberi ancaman.” – Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang, Rosman Selamat

 

Kisah bagaimana nelayan ‘ikat janji’ dengan buaya sejak berzaman lamanya

1
Gambar hiasan

Menurut cerita orang tua-tua di kawasan itu, nelayan terdahulu pernah ‘ikat janji’ dengan buaya di Kesang Laut iaitu :

Nelayan akan melepaskan anak buaya yang tersangkut di jaring jika buaya dewasa tidak mengganggu nelayan menangkap ikan”

Selepas daripada perjanjian tersebut, buaya di kawasan itu seakan menghormati nelayan yang hendak turun ke laut.

“Kami juga tidak gerun setiap kali hendak pasang pukat kerana buaya ini tidak akan menghampiri kami.

“Sebaik mendengar bunyi bot, dia lantas menghilangkan diri dan pergi ke tempat lain. Kelibatnya hanya akan timbul apabila kami mematikan enjin, namun buaya itu tidak datang dekat,” – Rosman Selamat

Namun katanya situasi itu hanya bertahan sehingga empat tahun lalu sebelum perjanjian nelayan dahulu dengan buaya di Kesang Laut dimungkiri.

 

Buaya berubah sikap lepas ‘habibat’ mereka diganggu dan dimusnahkan

Buaya-buaya di Kesang Laut sejak akhir-akhir ini dilihat berubah sikap selepas habitat lama mereka di Hulu Sungai Kesang musnah akibat projek pengairan di kawasan itu..Kenapa ganggu habitat buaya tu?

“Kalau dulu habitat mereka berada di hulu sungai ini dan kami mudah nampak kelibatnya di kawasan tersebut. Malah, kami juga pernah jumpa berpuluh-puluh biji telur buaya di kawasan berkenaan.

“Kini tidak lagi selepas habitat itu musnah empat tahun lalu menyebabkan kelibat buaya hanya dapat dilihat pada masa tertentu iaitu ketika berenang atau mencari makan. Tempat tinggal baharunya kini tidak lagi kami ketahui,”

Lebih membimbangkan apabila buaya seringkali dilihat berlegar berdekatan dengan kawasan jeti nelayan.

Sg Kesang 10
Sumber : mstar
Sg Kesang 6
Sumber : mstar

Kini sejak habitatnya musnah, sang bedal ini berenang hingga ke kawasan jeti dan ia membimbangkan nelayan kerana ada antara kami yang akan turun ke tepi sungai untuk membasuh bot pada waktu petang,”

Bagaimanapun sehingga kini tiada lagi kes nelayan, penduduk atau pengunjung luar dibaham sang bedal itu.

Cuma mereka khuatir berikutan pesisir Jeti Pengkalan Nelayan Kesang Laut mula didatangi banyak buaya selepas habitat mereka dimusnahkan pada 2015.

Bab perjanjian atuk nenek semua tu admin no komen, tapi kalau dah tau ada buaya jangan la gatal kaki nak masuk sungai tu. Tak pasal-pasal karang.

Baca : “Sepatutnya jangan bunuh”  Buaya Terperangkap Dalam Jaring Dibunuh Dengan Kejam Di Miri Sebab..

Bunuh Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.